Sunday

Visi 2020 dijangka dapat diteruskan

Visi 2020 Malaysia dapat dimajukan jikalau Rakyat Malaysia mendaftar sebanyak 6% lagi daripada pajak tahunan, Kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Untuk mencapai Matlamat ini ,kita perlu memantau dan mengkaji dalam pembangunan Ekonomi untuk mencapai status pembangunan dan semestinya ialah daripada ketentuan Tuhan.Beliau berucap semasa penutupan Majlis yang diadakan oleh Persatuan Ekonomi Bumiputera, Model Ekonomi 2010. Acara ini diorganisasikan oleh Malay Consultative Council (MPM). Datuk Seri juga berkata Malaysia juga perlu menceburi dalam Pelaburan Tempatan dan Pelaburan Asing. Jikalau pelaburan di Malaysia meningkat,maka Ekonomi Negara kita tidak lagi tersekat dan tiada lagi catatan sebagai Pendapatan sederhana di Malaysia.

Friday

Dominic Ng bergelut dengan polis


Kuching, Khamis- Dominic Ng Kim Ho (PKR-Padungan ) terpaksa ditahan dan bergelut dengan pasukan Polis Bantuan yang bertugas mengawal Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam usahanya mahu masuk ke dalam kompleks DUN setelah digantung bagi menghadiri persidangan dewan selama 12 bulan bermula sejak hari pertama persidangan Isnin lepas.

Buaya ditemui di sungai berhampiran Semariang Batu,Kuching


Seekor buaya sepanjang tujuh kaki ini ditangkap oleh penduduk kampung Semariang Batu di sebatang sungai kira-kira pada jam 10.40 malam rabu lalu. Sebelum kejadian, seorang penduduk yang melalui sungai di atas motosikal terdengar bunyi percikan air yang agak kuat menyebabkannya lantas memeriksa dan ternampak seekor buaya tersangkut. Lima orang penduduk bekerjasama menangkap buaya tersebut sebelum mengikat kedua-dua kaki dan menutup matanya dendan sehelai kain. Mereka kemudian meminta bantuan daripada Jabatan Pertahanan Awam untuk menyerahkan buaya tersebut kepada Jabatan Perhutanan.

Wednesday

Sarawak Tribune berwajah baru

Taib menyarankan Sarawak Tribune yang akan lebih inovatif dalam isi dan memanfaatkan kekuatan media sosial seperti twitter. Disamping itu juga, ia meningkatkan kemahiran para wartawan. Kerajaan juga sedia untuk mempertimbangkan tawaran biasiswa kepada wakil media tempatan. Sarawak Tribune diterbitkan di sibu bermula pada akhir Perang Dunia II pada tahun 1945 sebagai The Times Sarawak. Namanya berubah ke Sarawak Tribune ketika berpindah ke Kuching.

Monday

BN akan melakukan pembaharuan pada jentera kempen bagi menghadapi pilihan raya akan datang


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata : BN akan melakukan pembaharuan pada jentera kempennya bagi menghadapi pilihanraya akan datang. Antara sebab lain punca kekalahan BN ialah kerana ramai juga penyokong BN tidak turun mengundi dan ini juga ambil kira, katanya. DAP menjalankan kempen memburukkan kerajaan mempengaruhi pengundi, parti itu berkempen secara agresif secara dan menggunakan isu sensitif selain menjalankan banyak program dan perjumpaan.

Bangkitlah semula dengan Semangat! Pesanan dari PM


Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mahu Barisan Nasional (BN) menjadikan kekalahan Dalam pilihanraya raya kecil kerusi Parlimen Sibu sebagai peluang untuk bangkit semula dengan semangat dan kekuatan baru supaya dapat merampasnya kembali pada pilihanraya umum nanti. Bercakap dengan pemberita di sini Isnin, Perdana menteri berkata kekuatan BN di Sibu masih kekal kerana penyokong-penyokong tradisional tetap bersama BN.

Sambil melahirkan rasa kecewanya, Najib berkata sebenarnya kekalahan itu terlalu tipis dan apa yang BN perlu lakukan sekarang ialah mengkaji segala kekurangan yang mungkin wujud dan melakukan pembaharuan dan penambahbaikan termasuk jentera BN. Beliau juga berkata walaupun BN kalah , tidak perlu berlaku sebarang proses menunding jari sebaliknya semua pihak dalam BN perlu melihat apa yang telah berlaku terutama sekali sekiranya ada kelemahan yang perlu diatasi manakala mesej sebenar pengundi Sibu perlu dihalusi.



BUDAYA SAMSENG PAKATAN RAKYAT DI SIBU

Pembangkang mengapi-apikan semua isu ini, mereka akan membangkit keadaan curiga mencurigai antara kaum, demi matlamat politik sempit mereka.. Sungguh mengecewakan apabila kita melihat reaksi samseng dari parti pembangkang DAP menunjukkan imej kurang sopan dan tidak berakhlak ini..Sibu boleh dikatakan tiada pergaduhan sesama parti-parti kalau dibandingkan dengan di Semenanjung..

Pilihanraya 16/5/2010 Di Sibu

Suasana sekitar Pilihanraya Di Sibu. Bertempat di Kampung Hilir / SK Abang Ali...Terdapat Banner BN dan DAP tergantung di sepanjang jalan kampung tersebut..Cuaca sangat panas pada hari itu, tetapi ia tidak memutuskan semangat kami untuk menangkap gambar pada hari pilihanraya untuk tatapan rakyat Sarawak.