Wednesday

Pembangunan di Negeri Sarawak (Dahulu dan Kini) Bahagian 1




Sumber antimoni wujud di Negeri Sarawak pada tahun 1820 dan merupakan sumber yang penting terhadap kemajuan ekonomi Sarawak. Antimoni dan emas dilombong di kawasan berdekatan Bau. Perlombongan antimoni yang telah ditubuhkan oleh kaum Cina di Seniawan dan mereka telah membina benteng di kawasan Belidah Tanah .Perlombongan mendatangkan hasil pendapatan yang lumayan kepada Sarawak dan sumber ekonomi itu akan dieksport ke Singapura. Kampung Lidah Tanah antara kampung yang tertua di Sarawak. Namanya sering kita temui dalam lipatan sejarah perjuangan dan peperangan antara pemerintah Brunei yang disokong oleh James Brooke dan pendekar Sarawak yang dipimpin oleh datu-datu pemerintah Sarawak sekitar abad kesembilan belas. Di sinilah penduduk mendapatkan bekalan air untuk kegunaan harian di kota Kuching. Arang Batu pula dilombong di Simunjan . Pada kurun ke-20, galian yang utama dilombong ialah petroleum. Pada 1910, telaga minyak yang pertama dibuka di Miri.

Dibandingkan dengan perkembangan abad dahulu dengan yang perkembangan terkini, Sarawak telah berkembang dengan sangat pesat sekali. Visi pembangunan ialah mengubah negeri Sarawak menjadi sebuah Negeri berkembang dengan maju dan berterusan pada tahun 2010. Ini meliputi perkembangan ekonomi dan juga pembangunan infrastruktur.Dalam usaha untuk menjadi pesaingan kompetitif untuk kemajuan teknologi, fokus utama negeri Sarawak adalah dalam pembangunan industri elektronik. Kerajaan telah memulakan kempen luas untuk menarik ramai pelabur dalam Zon Industri Similajau (Similajau Free Industrial Zone) bagi meningkatkan kemampuan sumber manusia dan menyokong infrastruktur dan utiliti tersebut.

Selain itu , Taman Industri juga banyak didirikan contohnya di kawasan Demak Laut, Kuala Baram manakala kilang Industri pula banyak beroperasi di Pending, Tanjong Manis (Timber Processing Zone), Sarikei Light Industrial, Bintulu Light, Kidurong Light Phase 1&2, Kemena Phase dan Kidurong Industrial Estate. Di Bintulu juga terdapat pelabuhan dimana ia memainkan peranan yang penting dalam industri petroleum dan gas Malaysia dan juga terkenal sebagai pelabuhan yang menguruskan kargo kontena. Sebagai sebuah pelabuhan yang bertaraf dunia, khususnya di rantau BIMP-EAGA (
The East ASEAN Growth Area) , Pelabuhan Bintulu telah mempenrtingkatkan kualiti serta kemudahan yang sedia ada untuk mengekalkan reputasinya yang cemerlang. Dalam tempoh hampir dua puluh enam tahun, Pelabuhan Bintulu masih memainkan peranan penting dalam perdagangan luar Malaysia.
























Tony Pua pemimpin pembangkang yang tidak faham Perlembagaan


Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir menyifatkan Ahli ParlimenPetaling Jaya Utara, Tony Pua sebagai pemimpin pembangkang yang tidak fahamPerlembagaan, buta sejarah dan seorang cauvunis yang membelakangkan perpaduan. Menurut beliau, Tony Pua sebagai rakyat Malaysia juga tidak dapat menjiwai perpaduan, keharmonian hidup pelbagai kaum sehingga sanggup mengetepikan negara denganmenimbulkan cadangan yang boleh menimbulkan kemarahan serta ketidakpuasan hatisesetangah pihak khususnya kaum Bumiputera yang . “Saya melihat kenyataan beliau itu bersifatperkauman dan tidak sepatutnya dikeluarkan dalam usaha menjamin keharmonian dan apatelah dipersetujui selama ini. “Apakah beliau mempunyai “lesen” yang cukup besar untukmengeluarkan cadangan sedemikian rupa. Saya percaya rakyat Malaysia termasuk kaum Cina juga tidak boleh menerima kenyataan tersebut. “Apa pun alasan yang diberikan, terserlahbeliau seorang pelampau cina dan jiwa perkauman yang tidak boleh diterima sama sekali olehsemua pihak.

Tuesday

Lim Guan Eng melampau

Lim Guan Eng menyerang kerajaan disifatkan sebagai biadap dan kurang ajar. Selaku Ketua Menteri, perangai buruk Guan Eng tidak sepatutnya berlaku kerana selama ini kelicinan pentadbiran kerajaan negeri adalah disebabkan oleh sokongan, dorongan dan komitmen pegawai kerajaan. Dia dikatakan mengelar Pegawai Kemajuan Negeri (SDO) , Nik Ali Mat Yunus dengan pelbagai kenyataan yang mengina peribadi pegawai terbabit.

Sunday

Hati-hati dengan permainan DAP


Gambar di atas diambil pada 14 Julai 2010 bertempat di Premier 101 kuching,Jln Tun Jugah berdekatan Choice premier dimana tempat itu merupakan pusat perdagangan, pasaraya dan banyak kedai kopi bertempat di situ..Dua orang dari parti DAP ditugaskan untuk mengagihkan risalah Democratic Action Party itu kepada orang yang sedang menjamu selera di karangan Premier 101..Kaum cina dinasihatkan perlu berhati-hati dengan permainan DAP yang mahu menanamkan kebencian terhadap Barisan Nasional(BN). Apakah orang cina sudah kehilangan akal dan budi untuk mengetepikan Barisan Nasional, ia hanya mungkin berlaku jika orang cina sudah tidak seperti dulu lagi yang melihat BN sebagai sebuah parti yang mempunyai prestasi yang baik.