Thursday

Kita adalah 1Malaysia

Saya telah meninjau beberapa faktor kecil dalam kehidupan bangsa ini, kenapa rakyat Malaysia tidak dapat bersatu, megalami pergaduhan politik, rasis dan sebagainya..Generasi muda pada hari ini, harus menanamkan semangat cintai malaysia, hormat pada bendera Malaysia serta menjiwai dan sedar tentang konsep 1Malaysia..Di negara kita terdiri daripada berbilang bangsa dan kaum, jika kita mencaci dan membezakan warna kulit, Malaysia tidak akan berkembang maju, dan pergaduhan sering berlaku. Pada pendapat saya, di awal asuhan atau senang lagi diklasifikasikan sebagai akhlak atau moral, ibu-bapa atau guru harus megajar supaya anak atau pelajar mereka supaya menghormati kepada yang jauh lebih tua daripada mereka, supaya mereka menjadi manusia yang tahu menghormati orang lain. Apabila mereka menghadapi cabaran semasa berkhidmat dalam sebuah organisasi kelak, sekurang-kurangnya mereka tahu menghormati rakan sekerja ataupun ketua mereka, jika generasi muda kini menanamkan sifat benci kepada ketua, secara otomatiknya mereka juga akan menyemaikan sifat benci kepada Perdana Menteri kita, akibat pengaruh daripada kawan-kawan atau masyarakat lain. Ingatlah bahawa, Malaysia di tangan generasi sekarang..

Ini bergantung kepada cara pemikiran kita sendiri juga..Sempena Hari Kebangsaan yang akan datang, marilah bersama-sama kita kibarkan bendera jalur gemilang, menyemaikan semangat cintailah bendera Malaysia, cintailah negara, saling hormat menghormati sesama kaum.Jangan lah disebabkan hal-hal yang menjadi isu atau agenda seperti pertukaran parti, projek projek atau sebagainya rakyat Malaysia menjadi huru hara..Tidak perlulah kita mencaci parti lain untuk mendapat sokongan rakyat, bayangkanlah jikalau parti pembangkang berbuat demikian adakah mereka terfikir Malaysia tetap adalah Malaysia, Malaysia tidak akan berubah nama.Malaysia berkembang maju dan kaum-kaum tertentu masing-masing memperolehi kebaikan sama ada dari segi ekonomi, pendidikan dan banyak lagi..Oleh itu, jangan membandingkan kaum/status yang lain, sepatutnya rakyat patut berasa bersyukur kerana negara kita tidak seperti negara lain yang masih mengalami peperangan, pembunuhan dan baru baru ini seperti di negara Indonesia, mogok berleluasa di negara mereka..Sudah tiba masanya Malaysia mewujudkan semangat perikatan, melupuskan isu anti rasis ini!



Saman royalti minyak di Kelantan


Seramai 40 ulama akan mengetuai munajat Royalti Kelantan bagi memohon tuntutan hak royalti minyak kerajaan negeri itu dikembalikan kerajaan pusat. Sekretariat khas royalti di bawah Gerakan Bertindak kebalikan Royalti Minyak(Gegar) menganjurkan Program ini dan dijangka bermula pada bulan Disember tahun ini. Seramai 40 ulama akan menyertai misi ini dipilih berdasarkan jasa dan khidmat yang dicurahkan bagi pembangunan ilmu agama di Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata bahawa satu writ tuntutan saman akan dibawa ke mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini (25 Ogos) untuk diteliti dan mendapat kelulusan. Keputusan untuk menuntut royalti minyak daripada PETRONAS dan kerajaan pusat ini adalah berdasarkan kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974 atas dakwaan bahawa carigali minyak itu dilakukan di kawasan perairannya. Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengutus surat kepada Perdana Menteri mengenainya tetapi masih belum menerima sebarang jawapan darinya.

Ekonomi Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan


Malaysia tidak akan menerima kesan buruk kemelesetan ekonomi Eropah dan Amerika Syarikat, walaupun Malaysia turut berdagang dengan negara Asia, terutama Korea Selatan, China, Jepun dan negara-negara di Timur Tengah. Malah, para peserta sektor pengeluaran masih menjangka prospek peningkatan ekonomi sektor itu kerana tempahan telah meningkat dan mereka kekurangan pekerja, terutama sekali dalam sektor elektrik dan elektronik. Permintaan mendapatkan barangan yang dikilang turut meningkat di dan Shah Alam,Pulau Pinang dan mood itu turut dicerminkan daripada pertumbuhan 15.9 peratus yang dicatatkan oleh sektor ini pada suku kedua 2010.



Para pengeluar berasa agak optimis mengenai separuh kedua tahun ini dan mereka telah mengambil pekerja tambahan yang menunjukkan permintaan masih tinggi. Walaupun perangkaan pengeluaran pada suku kedua tidak sebaik pada suku pertama tahun ini, katanya ia kemungkinan mencatatkan prestasiyang baik. Bagi tempoh enam bulan tahun ini, pelaburan domestik mewakili 43 peratus di segi projek yang diluluskan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dan FDI ialah 57 peratus. Kerajaan harus menggalakkan lebih banyak pelaburan domestik di Malaysia dan bukan sahaja pelaburan langsung asing (FDI).

Wednesday

Merdeka! Cintailah Tanah Air Kita



Tunku Abdul Rahman mengumumkan kemerdekaan Malaya dari jajahan British.


Pada 1946, seluruh Malaya (kecuali Singapura yang menjadi jajahan British yang berasingan) digabungkan menjadi jajahan British yang digelar Malayan Union. Oleh sebab tentangan hebat daripada orang Melayu, Malayan Union menjadi kegagalan politik, dan selepas dua tahun diganti dengan Persekutuan Malaya yang longgar perikatannya pada tahun 1948.

Pada tahun 1948, komunis tempatan daripada Parti Komunis Malaya, hampir kesemuanya orang Cina, melancarkan pemberontakan, ini menyebabkan pengenaan darurat di malaya(darurat ini dimansuhkan pada tahun 1960). Kumpulan pejuang gerila tinggal di pangkalan sepanjang sempadan berceranggah selatan Negara Thai, kadang kala memasuki utara Malaysia. Pejuang-pejuang gerila ini akhirnya menandatangani satu perjanjian pendamaian dengan kerajaan Malaysia pada Disember, 1989.

Sentimen popular kemerdekaan menjadi berkobar-kobar semasa dan semasa dan selepas peperangan dan Persekutuan Malaya merundingkan kemerdekaan daripada United Kingdom di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman, yang menjadi Perdana Menteri pertama. Oleh sebab ini merupakan sebahagian daripada strategi anti-komunis dengan "mengambil hati", maka pihak British bersetuju memberikan kemerdekaan kepada Malaya pada 31 Ogos, 1957. Malaysia tetap sebagai ahli Negara-negara Komanwel dan menjadi tuan rumah kepada sebilangan besar tentera British dan Komanwel sehingga perunduran kuasa British dari timur Suez pada lewat 1960-an.



Kita harus Sedar pada apa yang dicapai Malaysia hari ini serta menanam sikap cintakan negara namun pada masa yang sama mendidik generasi baru menghargai kebebasan serta keamanan yang dikecapi sehigga hari ini. Dibandingkan dengan negara-negara lain, rakyat masih berporak peranda, berperang dan sebagainya.Contohnya di negara Ghana, orang putih dan orang nigeria masih ada bersangkut paut dengan isu kulit.Pembunuhan juga banyak berlaku di negara Sudan.Kita sebagai rakyat Malaysia harus bersyukur kerana negara kita telah bebas daripada peperangan, seperti yang pernah berlaku di negara negara lain.Contohnya di negara Palestin, kenapa sehingga hari ini mereka tidak mampu untuk mencapai kemerdekaan?Dan juga tersentuh pasal ekonomi, seperti negara China telah dikongkong oleh Amerika. Negara seperti China, India, Vietnam dan Indonesia masih memerlukan pendekatan penggunaan buruh yang tinggi, sedangkan Malaysia sudah lama merentasi tahap tersebut.

Tuesday

Yang Amat Berhormat Dato Sri Mohd.Najib Bin Tun Abdul Razak

Perdana Menteri Najib bin Tun Abdul Razak lahir pada 23 Julai 1953 dan merupakan Perdana Menteri yang keenam dalam arus menteri Malaysia.Najib dahulu berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri dari 7 Januari 2004 sampai ia mengantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri pada tarikh 3 April, 2009. Najib juga merupakan Presiden dalam (UMNO). Dia adalah anak kedua Perdana Menteri Malaysia, iaitu Tun Abdul Razak.

Dilahirkan pada Julai 1953 di Kuala Lipis Pahang, Najib adalah anak saudara kepada Tun Hussien Onn, Perdana Menteri yang ke-empat. Antara adik-beradik lelaki Najib adalah Nizam, Nazim, Nazir, Nazri Aziz dan Johari. Dato Seri Mohd Nazir Abdul Razak mengusahakan Bumiputera-Commerce Holdings Bhd yang merupakan pemberi pinjaman kedua terbesar di Malaysia. Najib mendapat pendidikan sekolah Rendah dan Menengah di St.John’s Institution, Kuala Lumpur, dan juga menerima pendidikan di Kolej Malvern England serta University of Nottingham. Beliau menerima ijazah dalam bidang industri ekonomi. Selepas itu, Najib kembali ke Malaysia pada 1974 dan berkecimpung dalam dunia peniagaan dan berkhidmat di Bank Negara dan kemudiannya beralih kerjaya di Petronas Malaysia sebagai pengurus.


Pada Tahun 1976 Najib memperisterikan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar dan mempunyai 3 cahaya mata : Mohd Nizar Najib ( lahir 1978), Mohd Nazifuddin Najib dan Puteri Norlisa Najib tetapi perkahwinan dengan Tengku Puteri Zainah tidak berkekalan. Pada Tahun 1987 Najib memperisterikan Datin Seri Rosmah Mansor dan mendapat dua cahaya mata, Mohd Norashman Najib dan Nooryana Najwa Najib.Selain menjadi Perdana Menteri di Malaysia, Najib juga pernah menjadi Menteri Portfolio, Timbalan Menteri, Menteri Kebudayaan dan belia dan Sukan. Sejak kehilangan undian 2-3 di Pilihan Raya Parlimen yang ditewaskan oleh Anwar Ibrahim pada tahun 2008, Najib telah cuba untuk menghentikan dasar Pro-Melayu berdasarkan kempen 1Malaysia.


Menurut soal selidik yang dijalankan oleh Merdeka Center, Perdana Menteri Najib AbdulRazak bangkit dari jurang populariti 34% (Mac 2009) dan melonjak kepada catatan rekod tertinggi, iaitu pada 6-16 Mei 2010. Apa yang menarik, komuniti India yang "memberontak" dalam PRU ke-12, kini muncul sebagai golongan kaum yang paling berpuas hati terhadap prestasi Najib, iaitu 80%, sedikit lebih tinggi daripada responden Melayu. Responden berketurunan Cina, sebagaimana yang dicerminkan dalam PRK, kekal sebagai golongan kaum yang paling skeptikal dan pesimis ketika menilai Najib dan kerajaannya, malah semasa meramalkan ekonomi masa depan.












Pembangunan di Negeri Sarawak (Dahulu dan Kini) Bahagian 2


Terdapat banyak pilihan kolej ataupun universiti bagi para pelajar yang hendak menyambung pelajaran mereka di Sarawak. Jika dahulu, pelajar boleh memilih sama ada mendaftar di universiti seperti UITM,Unimas ataupun kolej-kolej tempatan. Apabila Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Pelajaran, beliau menubuhkan Kampus cawangan Curtin di Miri dan kampus cawangan Swineburne di Kuching. Kampus tersebut merupakan antara 18 institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang menerima pengiktirafan Setara Tahap Cemerlang (Tier Lima) yang telah diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.


Satu lagi kolej universiti ditubuhkan pada tahun 1997 yang dahulu dikenali sebagai United College Sarawak (UCS) di sibu dan ia kemudian dinamakan Kolej Laila Taib sempena Allahyarhamah Datuk Amar Laila Taib, isteri Ketua menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai mengenang jasa beliau ke arah pembangunan pendidikan di negeri ini. Dengan adanya kemudahan universiti ataupun kolej, pelajar tidak perlu menuntut ilmu di negara jauh, mereka boleh mendapatkan pembelajaran berkualiti menerusi teknologi terkini serta memberi fokus terhadap pembelajaran pada peringkat ijazah pertama yang dijalankan universiti dan kolej universiti terbabit.

Monday

100 pakar ditugaskan rancang pembangunan Sarawak, Sabah

Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata,mereka ditugaskan bagi mengenal pasti dan merancang pembangunan yang bakal dilaksanakan bagi mewujudkan keseimbangan dari segi pembangunan yang dikecapi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dengan Sarawak dan Sabah pada masa akan datang.

“Hasil kajian dan perancangan pembangunan daripada pegawai paling kanan kerajaan ini akan dihantar kepada pihak kerajaan pusat untuk tujuan rujukan serta mendapat kelulusan sebelum dimasukan ke dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan RMK-11 nanti.

Selain itu kata Jabu, kerajaan negeri sedang berusaha mengeluarkan rakyat tanpa mengira kaum di negeri ini keluar daripada belenggu kemiskinan dengan mendapat pendapatan sebanyak RM1,200 sebulan bagi satu keluarga dalam tempoh10 tahun akan datang.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan termasuk menggalakkan penyertaan penduduk dalam projek pertanian komersial, pembukaan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) dan banyak lagi untuk menepati sasaran itu, jelas beliau.

“Ia sekali gus membuktikan bahawa hanya kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN) sahaja yang mampu menaik taraf ekonomi rakyat negeri ini secara berterusan,” kata beliau.