Wednesday

Surah Abasa, 5 Soalan Zulkifli Noordin Cabar Nik Aziz supaya Bertanya kepada pemimpin DAPig

5 Soalan Zulkifli Noordin Cabar Nik Aziz Supaya Bertanya Kepada Pemimpin DAP :

1) Adakah Kit Siang, Karpal dan Guan Eng setuju dengan agenda penubuhan negara Islam yang dibawa Pas?

2) Adakah pihak pembangkang membenarkan Pas melaksanakan hukum syariah di negeri-negeri yang diterajui Pas?

3) Mengapa Pas berdiam diri ketika perjanjian ‘Persefahaman pihak pembangkang pada 18 Disember 2009′ walhal perjanjian itu tidak meletakkan agenda penubuhan negara Islam?

4) Apa pendirian Nik Aziz, Kit Siang, Karpal dan Guan Eng mengenai kenyataan Dr. Wan Azizah mengatakan Anwar sebagai ‘anugerah Tuhan’?

5) Mengapakah pihak pembangkang membenarkan Karpal terus mewakili Anwar dalam kes liwat sedangkan pernah mengakui mempunyai bukti keterlibatan Anwar dalam aktiviti homoseksual?

Rujukan Arkib Berita Semasa: 20/02/2011

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0220&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm

Fatwa Pas sentiasa berubah demi untuk tujuan politik


Seawal pilihan raya umum (PRU) pada 1964, PAS sudah menuduh UMNO kafir kerana berkongsi kuasa dengan parti yang ahlinya bukan Islam melalui Perikatan. UMNO bekerjasama dengan MCA dan MIC untuk menubuhkan kerajaan tetapi PAS menggunakan surah Al-Imran ayat 28 untuk merumuskan ‘fatwa’ bahawa UMNO kafir kerana memerintah negara secara berkongsi kuasa dengan MCA dan MIC. Lihatlah apa yang berlaku pada angkatan PAS sendiri, parti PAS, DAP dan PKR bagaikan raksasa hodoh yang mempunyai tiga kepala terjulur dari badannya! Tetapi mereka mempunyai satu hasrat yang sama, iaitu gilakan kuasa sehingga kerusi boleh terbang..PAS harus bertanggungjawab ke atas fatwa yang “Dipakai”, kerana ini akan menyebabkan punca perpaduan orang Melayu goyah!

Tuesday

Rakyat Sarawak yang prihatin


Rakyat Sarawak terutamanya ahli pembangkang, memang suka mengungkit tentang kekayaan Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Taib Mahmud dan keluarganya. Mereka mengatakan Taib merompak kekayaan bumi Sarawak lah, salah guna kuasa dan macam-macam lagi untuk menjatuhkan Ketua Menteri kita..Mana tidaknya Taib naik angin, kerana apa yang dicapainya sehingga hari ini adalah atas usaha teguhnya sendiri. Seperti mana yang kita semua tahu, Taib memang sudah kaya dari zaman sebelum beliau menjadi Ketua Menteri Sarawak, Taib datang dari keluarga yang agak berada, keluarga beliau mampu menghantarnya untuk belajar dalam bidang perundangan dan apa yang penting sekali adalah beliau mempelajari banyak tentang selok-belok bidang perniagaan selepas tamat belajar dalam bidang perundangan. Beliau juga pernah bekerja sebagai broker di Negara Ausralia. Taniah atas usaha Taib, dalam umur yang masih muda beliau sudah mampu mempelolehi 1 juta dollar. Perniagaan Taib semakin berkembang maju sejak dari hari itu, apa salahnya kita berusaha memajukan perniagaan kita kalau itu untuk masa depan kita dan ahli keluarga kita? Jaganlah pula kita mengatakan Taib merampas harta orang lain, jika mempunyai peluang di depan mata, siapa yang tidak mahu menghargainya? Tidak menjadi persoalan untuk sesiapa yang ingin berkembang maju dalam bidang perniagaan, untuk bertambah maju ke hadapan kita harus menceburi atau mencuba dari beberapa segi, tidak hairanlah Ketua Menteri kita mempunyai banyak syer di kompeni lain sebab itu kita mengelar Taib adalah seorang Ahli Perniagaan yang sangat berjaya dan mempunyai empayar perniagaan yang luas hingga ke peringkat Antarabangsa.