Monday

PKR meraih simpati dengan menyatakan hasrat untuk bersara


Ada sebab kenapa Anwar Ibrahim mengumumkan hasratnya untuk bersara dari politik, selain ianya sebagai satu tektik terdesak untuk meraih simpati, ia juga berkait rapat dengan kegagalan PKR menemui calon-calon yang berkaliber untuk dipertaruhkan dalam PRU 13.
Selama ini kita kerap di hidangkan dengan propaganda murahan pakatan pembangkang kononnya dalam pilihanraya akan datang mereka berpeluang untuk merampas Putrajaya seterusnya mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri.
Namun, realiti semasa bukan sahaja jauh panggang dari api malah langsung tak seindah seperti di propagandakan dalam media dan pentas politik.
Untuk PRU 13 ini, PKR bukan sahaja terpaksa mengalah kepada DAP dari segi pembahagian kerusi bertanding apabila hanya bertanding di 66 kawasan sahaja berbanding 97 kawasan pada PRU 12, malah untuk menyediakan calon-calon pun amat sukar untuk dicapai.
Daripada jumlah 66 itu pula hanya di 24 kawasan sahaja yang sudah terisi dengan ‘calon pilihan’ itu dengan sebahagian darinya adalah muka lama.
Sebahagian kecil muka lama yang pernah menyandang kerusi parlimen tertentu pula tidak dicalonkan kembali. Antaranya Khalid Ibrahim yang juga MB Selangor, berkemungkinan seorang yang rapat dengan Azmin Ali akan mengisi kekosongan di Bandar Tun Razak.
Bagi parlimen Kelana Jaya tempat Loh Gwo Burne yang siang malam tidur bersama kameranya pula bakal dibersarakan dan tempatnya digantikan oleh Nik Nazmi yang juga orang kanan Azmin Ali.
Anwar Ibrahim yang sebelum ini diketahui sedang panas di Permatang Pauh seakan hampir pasti merantau ke Nibong Tebal dan merupakan satu-satunya calon bagi kawasan tersebut walaupun di masa yang sama masih memikirkan untuk kekal di Permatang Pauh.
Manakala itu, hampir satu pertiga lagi kawasan langsung tiada satu nama calon pun yang dapat dikemukakan menggambarkan betapa sukarnya untuk PKR menghadapi cabaran PRU 13 yang akan menentukan hayat politik Anwar.
Baki lebih satu pertiga lagi hanya calon-calon recycle dan expired sahaja yang dikemukakan sebagai ‘calon dalam pertimbangan’.
Dalam pada itu daripada 8 kawasan parlimen di Sabah yang dikhususkan untuk ditandingi PKR, hanya tiga kawasan sahaja yang sudah terisi dengan ‘calon pilihan’, bakinya samaada kosong ataupun hanya bersandarkan satu dua nama ‘calon dalam pertimbangan’.
Sarawak pula yang sebelum ini digembar gemburkan oleh Anwar bakal ditembusi oleh PKR dan pembangkang lain, namun pembahagian kerusi yang diberikan kepada PKR cuma 7 kerusi sahaja dan agak sadis bila hanya satu nama sahaja yang masuk senarai mungkin akan bertanding.
Lebih parah lagi beberapa kawasan yang mahu ditandingi oleh PKR ada antaranya masih bertindih dan berebut hak dengan PAS dan DAP misalnya di Bentong, Temerloh, Bagan Serai dan beberapa lagi kawasan lain.
Bagi kawasan parlimen Sungai Siput yang sekarang disandang oleh Presiden PSM, Dr Jeyakumar pula sedang diusahakan untuk ditandingi sendiri oleh PKR sekalipun satu namapun belum mampu disediakan oleh Anwar Ibrahim.
Melihat pada kemelut dan betapa celarunya PKR dalam persediaan menentukan calon-calon yang akan mewakili PKR dalam pilihanraya, ternampak jelas yang PKR mahupun Anwar sendiri tiada keyakinan untuk menghadapi PRU akan datang.
Mahu tidak mahu, Anwar terpaksa beralih semula ke tabiat kesukaannya – guna tektik raih simpati buat muka kesian dengan harapan masih ada rakyat yang akan terpedaya sebagaimana suatu ketika dulu ramai yang terpedaya dengan lakonan arsenik, patah pinggang dan lain-lain.

Thursday

Bukti Kebijaksanaan DAP Perdaya PAS PKR PRU 12 Lepas


Sumber asli dapat diperolehi dari blog http://idhamlim.blogspot.com/2011/07/pas-sasar-tanding-di-80-kerusi-parlimen.html

sumber lain pula kata DAP akan bertanding 90 kerusi PRU 13 http://suarapakatanrakyat.com/2012/07/dap-sah-90-kerusi-hudud-sah-tak-dilaksanakan/#


Uncle Seekers ditahan

Pengamal paranormal, Syed Abdullah Hussien Al-Attas, atau lebih popular dengan gelaran Uncle Seekers, ditahan dekat Plaza Tol Senawang, Negeri Sembilan, pagi tadi. Penahanan beliau dipercayai berkaitan dalam laman blognya, uncleseekers.blogspot.com. Beberapa laporan polis dibuat berhubung artikel itu.



Monday

Anwar tipu.. Dulu, kini dan selamanya


Ajal politik peliwat tegar ni semakin hampir. Dari dulu lagi peliwat tegar ni kuat menipu, sifat-sifat hipokrit seperti sejenis binatang sesumpah atau sifat talam dua muka atau musang berbulu ayam atau berpura-pura baik. Seorang yang munafik ialah seorang yang berpura-pura baik dan jujur. Seorang yang bersifat telunjuk lurus kelingking berkait atau pepat di luar runcing di dalam. Ia bercakap manis tapi bohong. Ia pandai berbahasa sehingga orang boleh mempercayai percakapannya, ia pandai berjanji tapi mungkir, ia bijak mematerikan perjanjian tetapi ia cabuli dan apabila ia berbalah ia sentiasa ingin menang walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah asalkan orang boleh percaya cakap dia, dia juga pandai bodek atau mengampu seseorang. Seorang yang munafik ialah seorang manusia yang ada otak tapi tidak berpendirian, mudah menggadai pegangan hidup; dia ialah orang yang suka berbalah atau bertengkar. Dia boleh berubah-ubah sikap apabila diperlukan oleh kepentingannya.

Friday

Perang saudara di Malaysia



Apabila adanya pertembungan dua pihak yang mempunyai ideologi berbeza antara satu sama lain, maka berlakunya peperangan saudara. Apa yang menyedihkan, terdapat banyak peserta terdiri daripada orang islam sendiri. Perhimpunan seperti  itu ditegah oleh Islam disebabkan ia hanya akan membawa kerosakan,  Islam tidak menggalakkan sebarang kekerasan, dan perhimpunan sebegitu walaupun dimulakan dengan aman, pasti akan berakhir dengan keganasan seperti yang berlaku sewaktu perhimpunan Reformasi 1998 dan Bersih 1.0 pada 2007. Sebagai umat Islam, mereka perlulah melihat sesuatu perkara yang lebih membawa kebaikan, sebaliknya jika keburukan melebihi segala-galanya termasuk bencana yang akan timbul daripada perhimpunan ini, mereka perlu menghindarinya.  

Thursday

Lim Puak Nazi yang berwibawa

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah berlepas dari LTAB Bayan Lepas, Pulau Pinang ke Kuala Lumpur dgn pesawat MAS - MH 1145. Kemudian beliau akan berlepas ke Melbourne, Australia dengan pesawat Emirates - EK 408 jam 1530 hrs

Tun M ada menceritakan tentang Regime Change sedikit masa lalu...Apkah ini ada kaitan dgn pengumuman Australia dan US baru baru ini yg menambahkan Tentera US di Australia baru baru ni.....soalnya mengapa..? Apa tujuan tersembunyi mereka? Apakah lawatan LGE ini ada kaitan..???

Atau adakah ianya mempunyai Hubung Kait dengan PRU13 yang semakin hampir...??? atau mungkin ianya Sesi Taklimat bagaimana untuk menawan Malaysia dengan Strategi dan cara Tersembunyi...???

Terlalu banyak andaian yang boleh dibuat...yang PASTI ... Lim Guan Eng juga adalah seorangKristian...


Fokus kepada PRU

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) supaya memberi tumpuan kepada persediaan menghadapi pilihan raya umum dan terhalang berikutan aduan beberapa anggota yang tidak berpuas hati kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS)," kata presiden parti Datuk Seri Peter Chin.

Katanya perkara ini disampaikan Perdana Menteri sendiri semasa kunjungan hormat anggota jawatankuasa kerja pusat (CWC) SUPP pada Selasa, 13 Mac.

"Ini adalah nasihat. Bekerja dan pastikan di kawasan anda, anda mampu menang. Jangan terpengaruh dengan isu ROS. Sebagai presiden parti, saya menganggapnya sebagai nasihat yang amat baik dan bahawa kepimpinan SUPP hari ini akan melakukan yang terbaik bagi memenangi kerusi itu walaupun kami tahu sesetengah daripadanya adalah sangat susah," katanya..


Bro Guan Eng suka memekik

kerajaan BN telah menyediakan pelbagai kemudahan asas untuk menarik minat pelabur ke Pulau Pinang. Antaranya, lapangan terbang, pelabuhan, zon perdagangan bebas, jambatan dan rangkaian lebuh raya yang baik. “Lim Guan Eng tidak sepatutnya sombong. Kejayaan Pulau Pinang hari ini bukan 100 peratus usaha dia. “Kerajaan DAP Pulau Pinang pun tidak buat penambahbaikan, tidak mengubah dasar tapi hanya meneruskan polisi serta usaha BN dulu..

Kes tipu & fitnah..

Apabila Perdana Menteri mengumumkan skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia, ramai di kalangan penyokong pembangkang yang mengganggap ianya hanyalah pembohongan, berikutan hasutan dari idea jumud “ahli-ahli ekonomi” tidak bertauliah mereka. Sudah begitu budaya mereka, mempertikaikan segala bentuk bantuan kepada rakyat. Sebelum ini, saudara Guan Eng memberi duit sebanyak 200 ringgit kepada bayi yang baru dilahirkan di Pulau Pinang, sekadar mahu menggalakkan lebih banyak kelahiran boleh berlaku di negeri Pulau Pinang, kini timbul satu rangkap perkata berikut: “kamu semua jangan bimbang lahirkan anak tak mampu nak memelihara, jika benar-benar tidak mampu memelihara anak, kerajaan Pulau Pinang akan memeliharanya.” Guan Eng terlepas cakap lah.. Dengan nilai 200 ringgit itu apa yang boleh dibeli?" adakah Guan Eng akan kotakan janji-janjinya itu?

Wednesday

ibarat carek2 bulu ayam akhirnya bercantum jua

Menerusi akaun twitter Azwan Ali (AzwanNur) Jumaat lalu dia buat ugutan bunuh dengan menulis: BETINA NERAKA, UMMI kasi REJAM hidup hidup 1 bako mayat diaaaa..Sebagai seorang abang tidak sepatutnya mengugut mahu membunuh dan membakar adiknya, Ummi Hafilda Ali. Akibatnya Azwan disiasat polis.Nahh padan muka ko Azwan Ali, mulut memang laser tak pernah fikir sebelum berkata, ikut sedap mulut balon sana sini je.. Sekali digertak polis, Azwan membuat aku janji dan memohon maaf secara terbuka kepada Ummi Hafilda . Azwan turut berjanji tidak akan menghantar sebarang twitter mengenai politik dan Isu-isu semasa pada masa yang akan datang.Dia juga memohon maaf kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri yang katanya turut tersinggung dengan salah satu tweetnya.











Geram nya aku...kata bapa Saiful

Bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan, Azlan Mohd Lazim dengan kecewanya merayu kepada pihak Peguam Negara yang menyarankan agar pihak Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan berhubung keputusan kes anak saya yang diputuskan mahkamah pada 9/1/2012. Pada hemat saya, tindakan Majlis Peguam itu dilihat sebagai langkah untuk menidakkan hak seorang warganegara untuk diadili, dan didengar rayuannya sehingga ke peringkat yang tertinggi menurut Perlembagaan Malaysia. Majlis Peguam seharusnya bersikap 'neutral' dalam melihat suatu proses keadilan berlangsung dan bukannya dengan menghalang proses keadilan berlangsung. Adakah gesaan tersebut melambangkan pendirian semua peguam-peguam di Malaysia? Atau hanya pendirian tertentu individu-individu yang menduduki kerusi Majlis Peguam yang berkepentingan politik? Mengapa Majlis Peguam selama ini pernah tidak bantah pihak tertuduh dalam perbicaraan kes ini yang ikut rekod telah membuat 36 kali rayuan atau permohonan? Ini baru kali pertama pihak kami mohon untuk buat rayuan sudah mahu dihalang.Mengapa ada double standard? Adakah kerana anak saya hanya seorang insan kerdil, bukan seorang VIP, ahli politik, hak beliau dinafikan dengan begitu sahaja? Demi anak saya, saya merayu agar pihak Peguam Negara memfailkan rayuan. Diharap pihak Peguam Negara tidak terpengaruh dengan desakan Majlis Peguam atau mana-mana pihak agar tidak mengemukakan rayuan. Sebagai bapa, saya akan terus bersama anak saya berjuang untuk memastikan aduan anak saya ini mendapat pengadilan seadil-adilnya bagi mengembalikan nama, maruah beliau, juga seluruh keluarga saya.c

Thursday

Mempolitikkan mahkamah dan undang-undang

Isunya sekarang ialah Anwar mempolitikkan mahkamah dan undang-undang. Hujahnya, tidak wajar dan tidak bijak bagi golongan Anwar mempolitikkan mahkamah dan undang-undang. Telah berkembangan sekarang usaha penyokong Anwar Ibrahim untuk berdemonstrasi pada 9 Januari 2012 di persekitaran mahkamah yang akan menentukan hukuman untuknya dan tuntutan supaya dia dibebaskan.Demonstrasi yang dicadangkan oleh PKR itu adalah satu cara mengugut proses mahkamah dan meletakkan mereka yang terbabit dalam proses perundangan dalam keadaan tertekan.

Bersaksikan puluhan ribu rakyat Kelantan malam tadi Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau dan keluarga tidak akan lari meninggalkan negara biar pun berdepan dengan kezaliman yang menjijikan. "Saya, anak dan isteri tidak sekali-kali meninggalkan negara ini biar pun berdepan dengan penghinaan yang sebegitu rupa. "Saya telah mengadakan perjumpaan keluarga melibatkan isteri, anak menantu telah mencapai keputusan ini. Cuma mereka bimbang sekiranya saya sekali lagi dipenjara akan dicederakan seperti pernah berlaku sebelum ini, katanya.







Parti yang akan bertanding di Sabah

Kehangatan Politik semakin terasa berikutan pengumuman demi pengumuman dan desas desusu penubuhan Parti Baru di Sabah, sekalipun USNO masih terkial-kail menunggu kelulusan rayuan setelah ditolak oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

Berita terbaru, sebuah parti baru di Sabah STAR akan dilancarkan pada 6 Januari 2012 (Jumaat) di Dewan KDCA Penampang pada jam 12.30 hingga jam 5 petang. Kenyataan akhbar akan dibuat pada jam 4 petang hari berkenaan.

Selain daripada parti PKR-DAP-PAS, Dr Jeffrey Kitingan bersama-sama dengan SAPP, USNO , dan Barisan Rakyat Sabah (SPF) akan bertanding dengan parti satu lagi iaitu Amerika Borneo Alliance (UBA).