Tuesday

TS Abdul Taib Mahmud announce the list of Sarawak BN candidates

BN Sarawak Chairman Tan Sri Abdul Taib Mahmud at the PBB headquarters in Kuching to announce the list of Sarawak BN candidates for GE13 today

Full list sarawak BN candidates



Thursday

BALAS DENDAM : PKR DIDAKWA KELUARKAN VIDEO SEKS MUSTAPHA ALI ??



Video ini kabarnya telah diedarkan oleh kumpulan AMK atas keputusan sulit mesyuarat dalaman PKR yang mahu membalas balik video aiskrim Azmin Ali..

Dikabarkan seorang lelaki telah ditahan oleh anggota polis di Kampung Alor Lintang Kampung Raja, Besut Terengganu. Pemeriksaan di hadapan pintu pagar di kawasan Perumahan Lorong Sekolah dan Lorong Hidayat, Kampung Alor Lintang itu menemui 16 sampul surat yang mengandungi sekeping VCD setiap satu pada lelaki terbabit.

Kami sedang menunggu full version video ini.



















Tuesday

BUKTI SURAT FATWA KERAJAAN DAP MENGHARAMKAN BACAAN AL-QURAN



Larangan menggunakan pembesar suara kerana mengganggu kenteraman awam. Nampak sangat PAS dan PKR dijadikan kuda tunggangan DAP. Sebelum ini mana pernah kita dengar isu sebegini? Mula larang perarakan maulidur rasul lepas tentangan kerajaan negeri SPIN. Cuba memandai-mandai dalam hal ehwal agama Islam dan MAIPP boleh pulak akur. Takut sangat ke dengan LIM GUAN ENG? LIM GUAN ENG enko memang RACIST! 





























Monday

'Asal tolak Islam tidak dapat pahala'



Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan sahaja mempertahankan dakwaan solat orang Umno tidak mendapat pahala, malah membuat dua dakwaan baru sekali gus menimbulkan kontroversi baru menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Dalam ceramahnya pada majlis Prahimpunan Kelantan Hijau di Jeli, yang turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi, Nik Aziz mendakwa jika Rasulullah SAW hidup kembali, Umno juga akan menentang Rasulullah.
“Puak ini (Umno) kalau Nabi Muhammad (SAW) hidup balik, dia lawan,” katanya disambut sorakan penyokong Pas.
Sementara ketika merasmikan Majlis Pelancaran Projek Pawah Rusa Kelantan di Pejabat Perkhidmatan Veterinar, di sini semalam, Nik Aziz menyatakan projek yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN)  juga tidak mendapat pahala kerana parti tersebut menolak Islam.
“Nak Islam macam mana, dia (BN) tolak Islam. Dia (BN)  buat masjid bukan kerana Islam… dia nak  kontraktor (projek) je, di Kelantan ini nak kata banyak projek Pusat (Kerajaan Pusat), bangunan sekolah, hospital… semua Pusat buat, tetapi satu pun tidak beritahu harga sebenar,” katanya.

Pada 4 April lalu, dalam ceramah Nik Aziz di Kampung Jambu di sini, beliau mendakwa sembahyang orang Umno tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu menolak Islam.
Menjelaskan dakwaan itu, Nik Aziz  berkata, bukan sahaja penyokong Umno, malah ahli Pas yang riak dan bermegah diri menjalankan ibadah juga dianggap tidak mendapat pahala.
“Bagi orang yang menyokong Umno dikira tidak mendapat pahala. Usahkan Umno, sokong Pas pun, kalau sokong Pas, tetapi riak, bangga diri juga tidak dapat pahala.
“Orang Umno maknanya orang yang menolak Islam. Saya minta Melayu tolong terima Islam secara syamil, secara komprehensif… Apabila tolak Islam, maknanya tolak Allah. Islam mari (datang) daripada Allah,” katanya.
Kata beliau, Pas menerima Islam kerana agama tersebut sempurna dan menyatakan bukan sahaja orang Melayu menolak Islam, malah terdapat masyarakat di Timur Tengah  turut menolak Islam.
“Kita (Pas) menerima Islam, Islam ini serba molek. Tiba-tiba kita Melayu menolak Islam. Bukan Melayu sahaja, Arab pun tolak Islam yang menyebabkan sekarang timbul Arab Spring. Kerana apa tolak Islam? Kerana habis tempoh? Nabi sampai kiamat Islam dia guna,” katanya.
Ketika ditanya mengenai manifesto  BN yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam semalam, Nik Aziz berkata, semua yang diumumkan itu mengarut kerana secara dasar Umno menolak Islam.
“Buatlah apa saja pun, asalkan tolak Islam, semuanya mengarut,” katanya.

Monday

PKR meraih simpati dengan menyatakan hasrat untuk bersara


Ada sebab kenapa Anwar Ibrahim mengumumkan hasratnya untuk bersara dari politik, selain ianya sebagai satu tektik terdesak untuk meraih simpati, ia juga berkait rapat dengan kegagalan PKR menemui calon-calon yang berkaliber untuk dipertaruhkan dalam PRU 13.
Selama ini kita kerap di hidangkan dengan propaganda murahan pakatan pembangkang kononnya dalam pilihanraya akan datang mereka berpeluang untuk merampas Putrajaya seterusnya mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri.
Namun, realiti semasa bukan sahaja jauh panggang dari api malah langsung tak seindah seperti di propagandakan dalam media dan pentas politik.
Untuk PRU 13 ini, PKR bukan sahaja terpaksa mengalah kepada DAP dari segi pembahagian kerusi bertanding apabila hanya bertanding di 66 kawasan sahaja berbanding 97 kawasan pada PRU 12, malah untuk menyediakan calon-calon pun amat sukar untuk dicapai.
Daripada jumlah 66 itu pula hanya di 24 kawasan sahaja yang sudah terisi dengan ‘calon pilihan’ itu dengan sebahagian darinya adalah muka lama.
Sebahagian kecil muka lama yang pernah menyandang kerusi parlimen tertentu pula tidak dicalonkan kembali. Antaranya Khalid Ibrahim yang juga MB Selangor, berkemungkinan seorang yang rapat dengan Azmin Ali akan mengisi kekosongan di Bandar Tun Razak.
Bagi parlimen Kelana Jaya tempat Loh Gwo Burne yang siang malam tidur bersama kameranya pula bakal dibersarakan dan tempatnya digantikan oleh Nik Nazmi yang juga orang kanan Azmin Ali.
Anwar Ibrahim yang sebelum ini diketahui sedang panas di Permatang Pauh seakan hampir pasti merantau ke Nibong Tebal dan merupakan satu-satunya calon bagi kawasan tersebut walaupun di masa yang sama masih memikirkan untuk kekal di Permatang Pauh.
Manakala itu, hampir satu pertiga lagi kawasan langsung tiada satu nama calon pun yang dapat dikemukakan menggambarkan betapa sukarnya untuk PKR menghadapi cabaran PRU 13 yang akan menentukan hayat politik Anwar.
Baki lebih satu pertiga lagi hanya calon-calon recycle dan expired sahaja yang dikemukakan sebagai ‘calon dalam pertimbangan’.
Dalam pada itu daripada 8 kawasan parlimen di Sabah yang dikhususkan untuk ditandingi PKR, hanya tiga kawasan sahaja yang sudah terisi dengan ‘calon pilihan’, bakinya samaada kosong ataupun hanya bersandarkan satu dua nama ‘calon dalam pertimbangan’.
Sarawak pula yang sebelum ini digembar gemburkan oleh Anwar bakal ditembusi oleh PKR dan pembangkang lain, namun pembahagian kerusi yang diberikan kepada PKR cuma 7 kerusi sahaja dan agak sadis bila hanya satu nama sahaja yang masuk senarai mungkin akan bertanding.
Lebih parah lagi beberapa kawasan yang mahu ditandingi oleh PKR ada antaranya masih bertindih dan berebut hak dengan PAS dan DAP misalnya di Bentong, Temerloh, Bagan Serai dan beberapa lagi kawasan lain.
Bagi kawasan parlimen Sungai Siput yang sekarang disandang oleh Presiden PSM, Dr Jeyakumar pula sedang diusahakan untuk ditandingi sendiri oleh PKR sekalipun satu namapun belum mampu disediakan oleh Anwar Ibrahim.
Melihat pada kemelut dan betapa celarunya PKR dalam persediaan menentukan calon-calon yang akan mewakili PKR dalam pilihanraya, ternampak jelas yang PKR mahupun Anwar sendiri tiada keyakinan untuk menghadapi PRU akan datang.
Mahu tidak mahu, Anwar terpaksa beralih semula ke tabiat kesukaannya – guna tektik raih simpati buat muka kesian dengan harapan masih ada rakyat yang akan terpedaya sebagaimana suatu ketika dulu ramai yang terpedaya dengan lakonan arsenik, patah pinggang dan lain-lain.