Anuar lagi..Tak habis-habis buat kecoh! Kali ini di dalam negara kita pulak.. Ada hati nak jadi Future Prime Minister, sedarlah sikit.. Anwar sah digantung dari menghadiri sidang perbahasan di Dewan Parlimen untuk tempoh 6 bulan. Peliwat ini digantung kerana membuat pertuduhan tidak benar dan tidak berasas dengan mengaitkan gagasan 1Malaysia dengan kempen “One Israel”.
Menurut kandungan surat yang dihantar oleh Firma perhubungan Awam, APCO Worldwide kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang bertarikh 19 Ogos itu, firma berkenaan dengan jelas menafikan pembabitannya dalam mencipta slogan 1Malaysia, sekaligus menafikan kenyataan Anwar yang mengaitkan slogan itu dengan firma berkenaan.Nazri sebagai Menteri “In-Charge” Parlimen tampil untuk membentangkan usul menggantung Azmin, Sivarasa & Karpal dari sidang Parlimen.
Nazri juga mengulangi bahawa Anwar telah diberikan peluang membela dirinya sejak Mac 2010 dan mengemukakan bukti bagi menyokong kenyataannya yang mengaitkan konsep 1Malaysia dengan "One Israel", namun Anwar telah beberapa kali tidak mengambil peluang itu, sebaliknya menggunakan kesempatan itu terus mengaitkan konsep 1Malaysia dengan "One Israel".
Sebenarnya konsep 1Malaysia, Rakyat didahulukan dan Pencapaian diutamakan adalah ciptaan Datuk Seri Najib sendiri dimana slogan ini diutarakannya sebaik dilantik sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009 lalu. Selanjutnya Najib menyatakan bahawa konsepnya itu hanya terdapat di Malaysia.
No comments:
Post a Comment