Monday

Kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) bernilai RM19.35 billion di wilayah Score

(BERITA DARI SARAWAK)

Sarawak menerima kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) bernilai RM 19.35 billion daripada enam syarikat yang telah dan akan beroperasi di Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score) setakat ini. Enam syarikat tersebut memperoleh kelulusan lesen perkilangan adalah termasuk 27 cadangan pelaburan yang berhasrat melabur ke Sarawak, daripada enam syarikat itu juga terdapat beberapa syarikat memulakan operasi mereka di Score terutamanya di Mukah.Industri tersebut merupakan industri logam, aluminium dan silika.
Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score) merupakan industri yang paling menarik diantara lima koridor pembangunan antarabangsa dan dijangka menarik sehingga RM340 bilion dalam pelaburan dalam 20 tahun yang akan datang kata Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Rancangan pembangunan Sarawak ini akan pencapai pertumbuhan demografi dan menghakis tahap kemiskinan penduduk di daerah/kawasan pembangunan ini.
Dipetik dari arkib Utusan Malaysia (Sabah/Sarawak) 25/9, Tan Sri Dr.George Chan berkata, kerajaan negeri percaya Score menarik banyak minat pelabur dari seluruh dunia untuk melabur di negeri ini malah ada antara mereka menyatakan komited untuk datang ke Sarawak melakukan pelaburan.Kita sebagai rakyat Sarawak sepatutnya berasa gembira dengan maklum balas daripada pelabur luar negara yang berminat untuk datang melabur ke Sarawak terutamanya di wilayah Score ini. Ini merupakan satu landasan baik dengan menjadikan Score sebagai gelombang pembangunan seterusnya.

Sunday

Surat terbuka Nazri Aziz kepada Awang Selamat



Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz telah memukakan surat terbuka kepada seorang kolumnis Utusan Malaysia, Awang Selamat kerana telah menuduh Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dalam kolumnya dan ia merupakan topik terlalu awam.Datuk Seri Nazri Abdul Aziz membuat beberapa penjelasan supaya pembaca tidak menganggap apa yang Awang tulis itu adalah betul.

"Saya tidak pernah takut untuk dikritik oleh pembangkang.saya mahu Awang datang ke parlimen dan melihat dan mendengar dengan sendiri ucapan-ucapan yang menyakitkan hati dan serangan yang saya terima ketika saya mempertahankan kerajaan berhubung isu-isu yang berkaitan dengan Perdana Menteri" kata Datuk Seri Nazri abdul Aziz.

"Awang sewajarnya keluar daripada peredaran masa dan berhadapan dengan hakikat bahawa saya kini berada dalam kerajaan sebagai seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bukan sebaliknya".



SUMBER: SURAT TERBUKA DATUK SERI NAZRI ABDUL AZIZ KEPADA AWANG SELAMAT , THE SUN 20TH SEPT 2010

Thursday

Namewee (Wee Meng Chee) buat kesalahan lagi.Namewee Melampau!!!


Pada 3 tahun yang lepas,Namawee dalam kontroversi lagu kebangsaan seperti yang telah memenangi simpati dengan menyebutkan birokrasi dan rasuah dalam lagu. Tindakan itu adalah tidak sopan tidak menghormati lagu kebangsaan, mengapa kabinet masih menerima permohonan maafnya dan tidak membawa kes ini ke mahkamah.
Namewee telah melakukan kesalahan dalam beberapa aspek.
Pertama, serangan peribadi, yang tidak boleh diterima dalam masyarakat awam. Bagaimana perasaan anda jika ibu anda dan keluarga merasa terhina dengan perkataan yang kesat? Beginikah sikap seorang mahasiswa?Kalau minat dalam bidang muzik, ciptakankan sebuah karya yang sedap didengar atau mengandungi unsur positif.. Janganlah melakukan kepada orang lain jika anda tidak mahu orang lain lakukan pada diri anda! Namewee a.k.a Wee Meng Chee, anda seorang yang bijak,mengapa tidak menyumbangkan bakat anda dalam video atau lagu yang berunsur amal seperti mangsa kebanjiran,kemiskinan dan segala berita tentang bencana alam?Dia harus menerima hukuman penjara atau
denda $ @ kedua-duanya sekali!

Berikut adalah mesej sampah yang yang dicipta oleh Sampah Masyarakat yang bernama Namewee..Jangan sesekali terpedaya erk!

Pembangunan di Negeri Sarawak (Dahulu dan kini) Part3

Perkembangan Infrastruktur dan kemudahan komunikasi

Di Bumi Kenyalang iaitu negeri Sarawak,melangkah maju lagi dalam prasarana jalur lebar yang membawa kemudahan Internet dalam perniagaan dan juga rakyatnya. Kerajaan berusaha membangunan Sarawak sebagai negara yang mempunyai hasil pendapatan dan nilai tambahan yang tinggii serta memperolehi maklumat-maklumat yang berguna.Kemajuan ini dapat membantu ekonomi negeri Sarawak supaya kita dapat bersaing di dunia yang global ini.Pusat Jalur Lebar Komuniti memain peranan dalam perkembangan Komunikasi ini. Matlamat kerajaan tersebut dilaksanakan oleh SKMM melalui Pelan Jalur Lebar Negara dan Program Merapatkan Jurang Digital.Sasaran capaian penembusan jalur lebar adalah untuk mencapai 50 peratus daripada keseluruhan isi rumah di Malaysia menjelang penghujung tahun 2010.


Kerajaan akan memastikan jurang digital wujud diantara kawasan bandar dan kawasan luar bandar dapat dirapatkan,ini termasuk kekurangan kemudahan ICT yang lengkap dan capaian kepada maklumat di kawasan-kawasan luar bandar supaya penduduk dapat menikmati dan mengambil faedah kemudahan ICT untuk meningkatkan kualiti hidup,nilai ekonomi sama ada bagi surirumah,pesara,orang kurang upaya ataupun warga emas.Kemudahan tersebut termasuk rangkaian Internet,Telekomunikasi,perisian dan perkakasan multimedia.Perkembangan ini juga membawa kebaikan kepada peningkatan pelaburan asing.