Wednesday

ibarat carek2 bulu ayam akhirnya bercantum jua

Menerusi akaun twitter Azwan Ali (AzwanNur) Jumaat lalu dia buat ugutan bunuh dengan menulis: BETINA NERAKA, UMMI kasi REJAM hidup hidup 1 bako mayat diaaaa..Sebagai seorang abang tidak sepatutnya mengugut mahu membunuh dan membakar adiknya, Ummi Hafilda Ali. Akibatnya Azwan disiasat polis.Nahh padan muka ko Azwan Ali, mulut memang laser tak pernah fikir sebelum berkata, ikut sedap mulut balon sana sini je.. Sekali digertak polis, Azwan membuat aku janji dan memohon maaf secara terbuka kepada Ummi Hafilda . Azwan turut berjanji tidak akan menghantar sebarang twitter mengenai politik dan Isu-isu semasa pada masa yang akan datang.Dia juga memohon maaf kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri yang katanya turut tersinggung dengan salah satu tweetnya.











Geram nya aku...kata bapa Saiful

Bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan, Azlan Mohd Lazim dengan kecewanya merayu kepada pihak Peguam Negara yang menyarankan agar pihak Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan berhubung keputusan kes anak saya yang diputuskan mahkamah pada 9/1/2012. Pada hemat saya, tindakan Majlis Peguam itu dilihat sebagai langkah untuk menidakkan hak seorang warganegara untuk diadili, dan didengar rayuannya sehingga ke peringkat yang tertinggi menurut Perlembagaan Malaysia. Majlis Peguam seharusnya bersikap 'neutral' dalam melihat suatu proses keadilan berlangsung dan bukannya dengan menghalang proses keadilan berlangsung. Adakah gesaan tersebut melambangkan pendirian semua peguam-peguam di Malaysia? Atau hanya pendirian tertentu individu-individu yang menduduki kerusi Majlis Peguam yang berkepentingan politik? Mengapa Majlis Peguam selama ini pernah tidak bantah pihak tertuduh dalam perbicaraan kes ini yang ikut rekod telah membuat 36 kali rayuan atau permohonan? Ini baru kali pertama pihak kami mohon untuk buat rayuan sudah mahu dihalang.Mengapa ada double standard? Adakah kerana anak saya hanya seorang insan kerdil, bukan seorang VIP, ahli politik, hak beliau dinafikan dengan begitu sahaja? Demi anak saya, saya merayu agar pihak Peguam Negara memfailkan rayuan. Diharap pihak Peguam Negara tidak terpengaruh dengan desakan Majlis Peguam atau mana-mana pihak agar tidak mengemukakan rayuan. Sebagai bapa, saya akan terus bersama anak saya berjuang untuk memastikan aduan anak saya ini mendapat pengadilan seadil-adilnya bagi mengembalikan nama, maruah beliau, juga seluruh keluarga saya.c

Thursday

Mempolitikkan mahkamah dan undang-undang

Isunya sekarang ialah Anwar mempolitikkan mahkamah dan undang-undang. Hujahnya, tidak wajar dan tidak bijak bagi golongan Anwar mempolitikkan mahkamah dan undang-undang. Telah berkembangan sekarang usaha penyokong Anwar Ibrahim untuk berdemonstrasi pada 9 Januari 2012 di persekitaran mahkamah yang akan menentukan hukuman untuknya dan tuntutan supaya dia dibebaskan.Demonstrasi yang dicadangkan oleh PKR itu adalah satu cara mengugut proses mahkamah dan meletakkan mereka yang terbabit dalam proses perundangan dalam keadaan tertekan.

Bersaksikan puluhan ribu rakyat Kelantan malam tadi Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau dan keluarga tidak akan lari meninggalkan negara biar pun berdepan dengan kezaliman yang menjijikan. "Saya, anak dan isteri tidak sekali-kali meninggalkan negara ini biar pun berdepan dengan penghinaan yang sebegitu rupa. "Saya telah mengadakan perjumpaan keluarga melibatkan isteri, anak menantu telah mencapai keputusan ini. Cuma mereka bimbang sekiranya saya sekali lagi dipenjara akan dicederakan seperti pernah berlaku sebelum ini, katanya.







Parti yang akan bertanding di Sabah

Kehangatan Politik semakin terasa berikutan pengumuman demi pengumuman dan desas desusu penubuhan Parti Baru di Sabah, sekalipun USNO masih terkial-kail menunggu kelulusan rayuan setelah ditolak oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

Berita terbaru, sebuah parti baru di Sabah STAR akan dilancarkan pada 6 Januari 2012 (Jumaat) di Dewan KDCA Penampang pada jam 12.30 hingga jam 5 petang. Kenyataan akhbar akan dibuat pada jam 4 petang hari berkenaan.

Selain daripada parti PKR-DAP-PAS, Dr Jeffrey Kitingan bersama-sama dengan SAPP, USNO , dan Barisan Rakyat Sabah (SPF) akan bertanding dengan parti satu lagi iaitu Amerika Borneo Alliance (UBA).