Friday

Ramalan berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak

Akhbar The Borneo Post menjangkakan DUN Sarawak akan dibubarkan Isnin ini, manakala beberapa akhbar Nasional pula meramalkan pembubaran minggu hadapan. Dalam perhimpunan Hari Belia peringkat negeri di Kuching Tan Sri Abdul Taib Mahmud memberi pembayang iaitu DUN Sarawak akan diumumkan dalam masa yang terdekat. Laporan bernama pula memetik Tan Sri Taib menyatakan tarikh pembubaran DUN akan diumumkan esok.Tempoh penggal DUN Sarawak sekarang akan tamat 23 Julai ini.

Wednesday

Laci petua: Bagaimana untuk menambah penyokong PAS+KeAdilan+DAP dalam keadaan keserabutan.Tips Panas~Harus Baca!

Dalam sejarah politik Negara, PAS, PKR dan DAP sememangnya mempunyai berlainan ideologi dan pendapat, apa tidaknya mereka selalu bergaduh dalam perebutan kerusi, memang nampak sangat, mereka tidak boleh bertolak ansur dengan mana-mana pihak dalam penguasaan wilayah dan kawasan melainkan dengan restu kepimpinan mereka.

Sebarang persaingan dengan mereka sekalipun oleh pemimpin tempatan akan dianggap pengacau dan talibarut pihak lawan. Sanggup daripada pertalian "Kawan" menjadi "Lawan" untuk membentuk kerajaan sendiri. Jijik sungguh kalau melihat perangai pemimpin yang berperangai kurang "diajar" sehingga ada yang menjerit menggunakan bahasa kesat dan kasar, sekali gus bercanggah dengan akhlak Melayu-Islam. Ingin menegakkan keadilan konon, Dimanakah nilai-nilai ke Islaman saudara sekalian??

Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri pada waktu dahulu sering berkata bahawa Kerajaan BN sentiasa membela nasib rakyat, tetapi setelah menjadi pembangkang, berucap berapi-api tak sebutpun kerajaan kerajaan BN zalim dalam ucapannya, dia berasa tertekan dan sanggup berkata apa sahaja menghentam atau mengkritik kerajaan..Cakap saja lebih buatnya tidak, terlalu banyak penipuan yang Anuar buat serta memberi rasuah, kes liwat lagi..Anuar tak layak pun jadi pemimpin!

Puak pembangkang sentiasa ada propaganda baru, mereka menggunakan pelbagai taktik, menyamar sebagai penyokong BN dengan menulis dalam blog-blog, mengirim SMS dan menghantar emel-emel, kononnya mereka amat prihatin dengan masa depan BN, masa depan Islam dan ketuanan Melayu, padahal niat mereka adalah mendapat maklumat kerajaan dan mencari pasal menentang habis-habisa kerajaan BN.. Sudahlah perangai bukan macam manusia, tambahan lagi pandai pula berkata-kata, mengeluarkan janji manis kepada rakyat.. Jikalau puak pembangkang jadi PM alamat Negara dan Bangsa kita akan tergadai..


Tuesday

BN harapan terbaik untuk masa hadapan rakyat

Di dalam Portal laman web Datuk Seri Najib Razak, disediakan satu ruang Mari Berjumpa, Mari Berhubung sekiranya rakyat yang ingin berjumpa dengan Datuk semasa beliau melawat kawasan yang bertujuan untuk bertukar fikiran dan berkongsi pendapat serta berinteraksi dengan semua rakyat Malaysia. Anda cuma perlu mengisi butiran diri di dalam borang yang disediakan dalam laman www.1malaysia.com.my/mari-berjumpa-mari-berhubung/. Kerajaan Barisan Nasional sejajar dengan Konsep 1Malaysia yang telah memperkasakan semangat kenegaraan di kalangan rakyat yang terdirinya daripada berbilang kaum di negara ini untuk terus teguh bersatu padu. Segala kemajuan yang rakyat nikmati selama ini adalah hasil perjuangan pemimpin dan kerajaan Barisan Nasional. Pihak-pihak tertentu (Pihak pembangkang) hanya pandai bercakap dan berjanji bermacam-macam apabila hampir menjelang pilihan raya, mereka hanya pandai memburuk-burukkan kerajaan sambil memesongkan maklumat melalui internet contohnya seperti Facebook, Youtube, Twitter dan sebagainya.


Monday

Nik Aziz hanya memakan diri.Yang Untungnya adalah DAP


Pas sudah alami kemerosotan akibat permainan politiknya dengan DAP yang mengakibatkan orang Melayu semakin tidak senang hati terhadap mereka. Ini sudah tentu atas sikap tolak ansur Pas terhadap DAP yang bertentangan dengan perjuangan Pas sebagai parti Islam.Selain kerana DAP dan Anwar, penyokong Pas juga lari kerana parti itu dilihat bercelaru dari segi struktur kepimpinannya.Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, ia diterjemahkan menerusi beberapa pilihan raya kecil baru-baru ini yang jelas menampakkan undi orang Melayu tidak memihak kepada Pas. Menurut beliau, kekuatan Pas terletak kepada label perjuangan Islam tetapi ia sudah lari gara-gara bersekongkol dengan DAP.Sebab itu kita tengok peratus pengundian Melayu terhadap Pas sudah jatuh. Melalui Pilihan Raya Kecil dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, merlimau, Tenang dan Galas, nampaknya orang Melayu sudah lari jauh dari PAS.Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi DUN Merlimau (N27) dan DUN Kerdau (N28) dalam pilihan raya kecil di kedua-dua kawasan itu semalam dengan meraih majoriti undi yang lebih besar.