Monday

PBB tubuh Unit Siber tangkis Pembangkang,Blog

PBB (Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) telah menubuhkan unit siber di bawah Biro Penerangan dan Teknologi Maklumat parti itu bagi menjelaskan isu berkaitan dasar kerajaan..Unit itu dikenali sebagai Unit Media baru, akan menangkis dakwaan penbangkang di samping memantau blog dan laman web dengan memberikan penjelasan terhadap isu yang dibangkitkan yang menjejaskan dan mempengaruhi minda rakyat..Presiden PBB dan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib,beliau berkata unit itu menyelaraskan tugas utama biro dalam menyelenggara pangkalan data dan mengadakan latihan komputer bagi menyebarkan fakta yang betul mengenai isu yang diputar-belitkan oleh pihak tertentu..

Sunday

Karpal Singh takkan sokong Agenda Negara Islam PAS

Walaupun tampak konkrit diantara DAP dan PAS namun ia tetap "Seangkatan" dengan Pakatan Rakyat (PR)...Pernentangan yang hebat terhadap topik "Ulama" oleh parti-parti sekular seperti UMNO dan PKR, DAP menegaskan bahawa pembentukan Negara Islam masih dikekalkan..Ketika PR sedang bermimpi untuk "memperolehi" Putrajaya, satu persoalan yang timbul iaitu: Dengan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat, adakah sebenarnya DAP sekarang mahu menerima perjuangan PAS untuk membina sebuah negara Islam di Malaysia?

Jawapannya tetap "Tidak" Karpal Singh berkata, mustahil DAP mengkompromikannya...Kita tidak dapat menukarkan Negara menjadi sebuah negara Islam, kecuali PR menakluki Negara ini..Ini adalah negara sekular..Kita dapat melihat,banyak pemimpin PAS sudahpun membantah terhadap isu Negara Islam Ini.Jangan kita lupa bahawa pemimpin muda yang dimaksudkan adalah Nizar, Khalid gereja dan beberapa pemimpin yang lain..

Lebanon tahan rakyat jadi pengintip Israel

Pihak berkuasa Lebanon menahan seorang pekerja senior di salah satu daripada dua syarikat telefon selular utama negara itu kerana disyaki menyalurkan maklumat keselamatan kepada rejim zionis Israel, lapor akhbar negara itu semalam. Akhbar harian ad-Diyar berkata, lelaki yang telah menyalurkan maklumat keselamatan kepada rejim zionis Israel tersebut telah ditahan khamis lepas.Kedua-dua negara berkenaan terlibat dalam perang dan pihak berkuasa Lebanon telah menahan lebih 50 orang yang disyaki menjadi tali barut Israel telah ditahan, kebanyakannya terlibat dalam membekalkan maklumat mengenai pejuang Hezbollah.

Usaha mengekalkan perpaduan di kalangan masyarakat Bidayuh

Masyarakat Bidayuh di Sarawak diingatkan supaya terus mempertahankan semangat perpaduan yang diamalkan dan tidak ketinggalan dalam proses pembangunan negara.Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, usaha mengekalkan perpaduan di kalangan masyarakat berkenaan perlu seiring dengan semangat 1Malaysia dan bagi masyarakat bidayuh is perlu mengikut konteks 1Bidayuh.Masyarakat Bidayuh di Serian,Bau,Lundu,Bengoh mahupun di lain-lain tempat,tidak lagi ketinggalan dalam proses pembangunan terutama dari segi akses pendidikan dan pelajaran yang berkualiti.

Wednesday

Ulama Bukan Hak Eksklusif Pas

Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Mohd afandi Yusof berkata, PAS sepatutnya bermuhasabah mengapa tokoh-tokoh ilmuan islam lebih cenderung untuk bersama-sama dengan UMNO dan bukannya dengan parti berkenaan. Menurut beliau mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan parti yang kononnya memperjuangkan islam itu yang dilihat saban hari semakin hanyut untuk mengejar kuasa dan kepantingan yang melampau sehingga lupa kepada dasar perjuangan yang telah diasaskan sekian lama.

Jika dilihat kepada perkembangan semasa parti PAS, orang biasa pun boleh melihat serta menilai bagaimana PAS hari ini jauh menyimpang dari landasan asal semata-mata memenuhi nafsu politik semasa. Sebagai contoh, pada muktamar agung PAS baru-baru ini, isu negara islam dan hukum Hudud tidak langsung disentuh..

Monday

600 Penduduk kekurangan air bersih di Sarikei, Sarawak

Sebanyak 170 buah rumah dengan penghuni hampir 600 orang di kawasan Gerigat, 40 kilometer dari bandar Sarikei menghadapi masalah kekurangan bekalan air bersih sejak sebulan lalu. Ketua Kampung kawasan berkenaan, Majidi Jahiri memberitahu, tekanan air yang rendah menyebabkan bekalan air yang keluar dari pili air amat sedikit sekali.Ada kalanya, pada tempoh tertentu setitik air langsung tidak mangalir menerusi pili. Bagaimanapun, pada pukul 2 hingga 4 pagi, keadaan air mulai banyak sedikit menyebabkan ada penduduk yang sanggup bangun seawal pagi itu bagi menyimpan air untuk kegunaan harian..Majidi berkata, pihak penduduk kampung telah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak berwajib tetapi belum ada tindakan susulan yang dilakukan.Sehubungan itu, penduduk kampung berharap agar masalah mereka dapat diselesaikan secepat mungkin kerana di kawasan tersebut begitu sukar untuk mendapatkan sumber air bersih dan hanya bergantung kepada air hujan sahaja..

Pakatan Rakyat atau Pakatan Rasuah?

Inilah pertanyaan yang perlu dilontarkan setelah 2 tahun memerintah negeri Selangor. Salah guna kuasa, penyelewengan hasil pasir, penggunaan harta kerajaan seperti garta parti dan skandal seks adalah warna-warna pemerintah yang kononnya berteraskan ketelusan, keadilan dan kesamarataan.

Kerajaan Tambah lima peratus bekalan gula

Bera-Kerajaan menambah lima peratus lagi bekalan gula kepada pemborong dan peruncit di seluruh negara mulai bulan ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. ''Orang ramai diminta tidak membuat pembelian panik kerana kerajaan belum bercadang menaikkan harga gula, malah bekalan gula mencukupi di seluruh negara''. Sebarang kenaikan harga barang keperluan hanya akan dibuat setelah kerajaan mandengar pandangan orang ramai..

Sunday

Israel ada senarai Nama Yang mahu bunuh sebelum naik ke kapal

Itu pendedahan Ketua Misi Life Line for Gaza (LL4G), Noorazman Mohd Samsuddin berikutan penemuan beberapa bukti daripada tiga anggota komando Israel yang berjaya ditahan semasa insiden serangan tentera rejim Yahudi ke atas Mavi Marmara Isnin lalu. "Mereka mempunyai senarai nama yang mereka mahu bunuh sebelum naik ke kapal. Kami telah menahan tiga anggota tentera dan apabila kami melakukan pemeriksaan, kami temui senarai nama berserta gambar orang-orang yang mereka mahu bunuh. Sesetengah daripada mereka adalah tokoh Turki dan antarabangsa,tokoh-tokoh penting dunia. Kami tidak termasuk dalam senarai sebab itu kami tidak ditembak.

Kami hanya orang biasa. Salah seorang media turki yang ditembak memang ada dalam senarai itu, ceritannya kepada pemberita bagi bagi berkongsi pengalaman ketika ditahan tentera Israel di Kompleks bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini sebaik tiba di tanah air awal pagi ini. Kesemua 12 sukarelawan itu bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan Malaysia dan Jordan yang berusaha membawa mereka keluar dari Israel secepat mungkin.

Tambahnya, ketika serangan pada waktu subuh itu, wakil media telah menunjukkan keberanian dengan terus merakam kejadian itu tanpa menghiraukan keselamatan mereka walaupun ketika dihujani peluru.Mereka cuba merakam sebanyak mungkin untuk tujuan memberikan kesedaran dan maklumat kepada seluruh dunia. Noorazaman amat mengharapkan bantuan media untuk menekan Israel bagi menyerahkan bantuan kemanusiaan itu kepada penduduk Gaza melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). "Kita mengharapkan rakan media yang ada dapat terus membantu usaha kita untuk membebaskan penderitaan yang dialami rakyat Palestin ini."ujarnya lagi.

Nallakaruppan dedah Manjit mahu dia kembali bersahabat dengan Anwar

"Walaupun sudah berkerat rotan berpatah arang" dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 2007, Datuk S.Nallakaruppan mendakwa masih dipujuk supaya kembali bersahabat dengan bekas rakan baiknya itu. Nallakaruppan yang menjalinkan

Ucapan Kesat dan kasar Anwar Ibrahim

Wajarkah seorang pemimpin yang kononnya mendokong gagasan masyarakat berperadapan (madani), asyik melemparkan kata-kata kesat? Pertanyaan ini Awang lemparkan kepada ketua pembangkang,Anwar Ibrahim yang yang makin galak menggunakan perkataan kesat dan kasar dalam ucapannya. Ini bukan kali pertama beliau menghamburkan kata-kata sedemikian. Dalam ucapan-ucapannya di khalayak umum termasuk kempen pilihan raya kecil selepas itu, Anwar kerap menggunakan istilah seperti bahalol, bangang dan bodoh. Bukan itu sahaja, perkataan celaka dan sial juga digunakan. Ternyata tabiat Anwar suka menggunakan kata-kata kesat sudah cukup mencerminkan siapakah sebenarnya beliau.Wajarkah seorang pemimpin politik yang ghairah mahu menjadi Perdana Menteri, mempunyai mulut yang celupar?

Wednesday

Ketuanan Melayu Mutlak Sifatnya

Ada orang kata UMNO sudah terlalu lama.Patut dibubar, sudah tidak relevan. Tetapi kita telah lupa, parti politik yang berjaya, terutamanya dalam negara maju, usianya bukan sekadar puluhan tahun, malah baratus tahun. Lihat sahaja parti Konservatif di Britian, parti Demokrat dan repulikan di amerika Syarikat. Mereka jauh lebih tua dan orang tidak mempersoalkannya. Tapi di Malaysia, barangkali elok kita sentuh beberapa perkara yang sepatutnya jadi perhitungansetiap ahli, kita jangan terpukau dengan istilah perubahan. Perubahan adalah sifat semulajadi kejadian. Apa yang wujud pasti akan berubah sepanjang saat dan waktu. UMNO juga berubah setiap masa. dalam sejarah manusia perubahan kerapkali membawa kecelakaan. Sebab itu jangan cerita tentang perubahan.UMNO kena banyak bercerita tentang pembangunan dan kejayaan. Dua perkara ini bukan semula jadi. Kena bekerja keras,memerah otak, bertungkus lumus mencapainya. UMNO yang berumur 64 tahun semacam lupa asas wujudnya parti terhebat ini. Kita kata matlamat UMNO untuk Bangsa, Agama dan Tanahair.