Tuesday

Penang Wasabi

Aiyoyo..macam mana ini sikarang neh..sama-sama 1 parti apa macam mau ini macam bikin..Apa kisah ini GODFATHER padahal tuhan tetap 1 la neh..pooraa..Perang yang tercetus antara Karpal Singh dengan P.Ramasamy yang merupakan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang semakin kecoh..Ramasamy memilih untuk keluar dari DAP dan hendak menarik balik gelaran GODFATHER terhadap Karpal Singh..Kasihan Karpal Singh..

Dalam pada itu, Ramasamy menyatakan bahawa dia akan mempertahankan kerusi Batu Kawan dan DUN Prai pada PRU akan datang..Karpal dengan marahnya menyatakan DAP tidak memerlukan warlord seperti Ramasamy dan Ramasamy membalas balik bahawa DAP bukan sahaja tidak memerlukan warlord tetapi juga GODFATHER seperti Karpal Singh.Manakala protege Karpal Singh,R.S Rayer pula mengambil kesempatan untuk menempatkan namanya sekaligus menyebabkan lebih 200 orang berarak dan menyatakan sokongan kepada Ramasamy sambil meminta Karpal Singh agar bersara.



No comments:

Post a Comment