Terima kasih kerana melayari blog ini..Segala pendapat dan cadangan anda amat dihargai, tentang segala isu-isu politik atau tempatan..sama ada Berita,Motivasi,Ekonomi,Agenda Baru,Menyohor kebebasan dan Perjuangan Politik,Isu tempatan Sarawak dan info perihal Para Pemimpin Politik Malaysia dan bagaimana Mempengaruhi rakyat dan Negara Malaysia..
Monday
PKR meraih simpati dengan menyatakan hasrat untuk bersara
Thursday
Bukti Kebijaksanaan DAP Perdaya PAS PKR PRU 12 Lepas
Sumber asli dapat diperolehi dari blog http://idhamlim.blogspot.com/2011/07/pas-sasar-tanding-di-80-kerusi-parlimen.html
sumber lain pula kata DAP akan bertanding 90 kerusi PRU 13 http://suarapakatanrakyat.com/2012/07/dap-sah-90-kerusi-hudud-sah-tak-dilaksanakan/#
Uncle Seekers ditahan
Monday
Anwar tipu.. Dulu, kini dan selamanya
Friday
Perang saudara di Malaysia
Apabila adanya pertembungan dua pihak yang mempunyai ideologi berbeza antara satu sama lain, maka berlakunya peperangan saudara. Apa yang menyedihkan, terdapat banyak peserta terdiri daripada orang islam sendiri. Perhimpunan seperti itu ditegah oleh Islam disebabkan ia hanya akan membawa kerosakan, Islam tidak menggalakkan sebarang kekerasan, dan perhimpunan sebegitu walaupun dimulakan dengan aman, pasti akan berakhir dengan keganasan seperti yang berlaku sewaktu perhimpunan Reformasi 1998 dan Bersih 1.0 pada 2007. Sebagai umat Islam, mereka perlulah melihat sesuatu perkara yang lebih membawa kebaikan, sebaliknya jika keburukan melebihi segala-galanya termasuk bencana yang akan timbul daripada perhimpunan ini, mereka perlu menghindarinya.
Thursday
Lim Puak Nazi yang berwibawa

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah berlepas dari LTAB Bayan Lepas, Pulau Pinang ke Kuala Lumpur dgn pesawat MAS - MH 1145. Kemudian beliau akan berlepas ke Melbourne, Australia dengan pesawat Emirates - EK 408 jam 1530 hrs
Tun M ada menceritakan tentang Regime Change sedikit masa lalu...Apkah ini ada kaitan dgn pengumuman Australia dan US baru baru ini yg menambahkan Tentera US di Australia baru baru ni.....soalnya mengapa..? Apa tujuan tersembunyi mereka? Apakah lawatan LGE ini ada kaitan..???
Atau adakah ianya mempunyai Hubung Kait dengan PRU13 yang semakin hampir...??? atau mungkin ianya Sesi Taklimat bagaimana untuk menawan Malaysia dengan Strategi dan cara Tersembunyi...???Terlalu banyak andaian yang boleh dibuat...yang PASTI ... Lim Guan Eng juga adalah seorangKristian...
Fokus kepada PRU

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) supaya memberi tumpuan kepada persediaan menghadapi pilihan raya umum dan terhalang berikutan aduan beberapa anggota yang tidak berpuas hati kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS)," kata presiden parti Datuk Seri Peter Chin.
Katanya perkara ini disampaikan Perdana Menteri sendiri semasa kunjungan hormat anggota jawatankuasa kerja pusat (CWC) SUPP pada Selasa, 13 Mac.
"Ini adalah nasihat. Bekerja dan pastikan di kawasan anda, anda mampu menang. Jangan terpengaruh dengan isu ROS. Sebagai presiden parti, saya menganggapnya sebagai nasihat yang amat baik dan bahawa kepimpinan SUPP hari ini akan melakukan yang terbaik bagi memenangi kerusi itu walaupun kami tahu sesetengah daripadanya adalah sangat susah," katanya..
Bro Guan Eng suka memekik

kerajaan BN telah menyediakan pelbagai kemudahan asas untuk menarik minat pelabur ke Pulau Pinang. Antaranya, lapangan terbang, pelabuhan, zon perdagangan bebas, jambatan dan rangkaian lebuh raya yang baik. “Lim Guan Eng tidak sepatutnya sombong. Kejayaan Pulau Pinang hari ini bukan 100 peratus usaha dia. “Kerajaan DAP Pulau Pinang pun tidak buat penambahbaikan, tidak mengubah dasar tapi hanya meneruskan polisi serta usaha BN dulu..
Kes tipu & fitnah..

Apabila Perdana Menteri mengumumkan skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia, ramai di kalangan penyokong pembangkang yang mengganggap ianya hanyalah pembohongan, berikutan hasutan dari idea jumud “ahli-ahli ekonomi” tidak bertauliah mereka. Sudah begitu budaya mereka, mempertikaikan segala bentuk bantuan kepada rakyat. Sebelum ini, saudara Guan Eng memberi duit sebanyak 200 ringgit kepada bayi yang baru dilahirkan di Pulau Pinang, sekadar mahu menggalakkan lebih banyak kelahiran boleh berlaku di negeri Pulau Pinang, kini timbul satu rangkap perkata berikut: “kamu semua jangan bimbang lahirkan anak tak mampu nak memelihara, jika benar-benar tidak mampu memelihara anak, kerajaan Pulau Pinang akan memeliharanya.” Guan Eng terlepas cakap lah.. Dengan nilai 200 ringgit itu apa yang boleh dibeli?" adakah Guan Eng akan kotakan janji-janjinya itu?
Wednesday
ibarat carek2 bulu ayam akhirnya bercantum jua

Menerusi akaun twitter Azwan Ali (AzwanNur) Jumaat lalu dia buat ugutan bunuh dengan menulis: BETINA NERAKA, UMMI kasi REJAM hidup hidup 1 bako mayat diaaaa..Sebagai seorang abang tidak sepatutnya mengugut mahu membunuh dan membakar adiknya, Ummi Hafilda Ali. Akibatnya Azwan disiasat polis.Nahh padan muka ko Azwan Ali, mulut memang laser tak pernah fikir sebelum berkata, ikut sedap mulut balon sana sini je.. Sekali digertak polis, Azwan membuat aku janji dan memohon maaf secara terbuka kepada Ummi Hafilda . Azwan turut berjanji tidak akan menghantar sebarang twitter mengenai politik dan Isu-isu semasa pada masa yang akan datang.Dia juga memohon maaf kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri yang katanya turut tersinggung dengan salah satu tweetnya.
Geram nya aku...kata bapa Saiful

Thursday
Mempolitikkan mahkamah dan undang-undang

Parti yang akan bertanding di Sabah

Berita terbaru, sebuah parti baru di Sabah STAR akan dilancarkan pada 6 Januari 2012 (Jumaat) di Dewan KDCA Penampang pada jam 12.30 hingga jam 5 petang. Kenyataan akhbar akan dibuat pada jam 4 petang hari berkenaan.
Selain daripada parti PKR-DAP-PAS, Dr Jeffrey Kitingan bersama-sama dengan SAPP, USNO , dan Barisan Rakyat Sabah (SPF) akan bertanding dengan parti satu lagi iaitu Amerika Borneo Alliance (UBA).