Thursday

Mempolitikkan mahkamah dan undang-undang

Isunya sekarang ialah Anwar mempolitikkan mahkamah dan undang-undang. Hujahnya, tidak wajar dan tidak bijak bagi golongan Anwar mempolitikkan mahkamah dan undang-undang. Telah berkembangan sekarang usaha penyokong Anwar Ibrahim untuk berdemonstrasi pada 9 Januari 2012 di persekitaran mahkamah yang akan menentukan hukuman untuknya dan tuntutan supaya dia dibebaskan.Demonstrasi yang dicadangkan oleh PKR itu adalah satu cara mengugut proses mahkamah dan meletakkan mereka yang terbabit dalam proses perundangan dalam keadaan tertekan.

Bersaksikan puluhan ribu rakyat Kelantan malam tadi Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau dan keluarga tidak akan lari meninggalkan negara biar pun berdepan dengan kezaliman yang menjijikan. "Saya, anak dan isteri tidak sekali-kali meninggalkan negara ini biar pun berdepan dengan penghinaan yang sebegitu rupa. "Saya telah mengadakan perjumpaan keluarga melibatkan isteri, anak menantu telah mencapai keputusan ini. Cuma mereka bimbang sekiranya saya sekali lagi dipenjara akan dicederakan seperti pernah berlaku sebelum ini, katanya.







No comments:

Post a Comment