Terima kasih kerana melayari blog ini..Segala pendapat dan cadangan anda amat dihargai, tentang segala isu-isu politik atau tempatan..sama ada Berita,Motivasi,Ekonomi,Agenda Baru,Menyohor kebebasan dan Perjuangan Politik,Isu tempatan Sarawak dan info perihal Para Pemimpin Politik Malaysia dan bagaimana Mempengaruhi rakyat dan Negara Malaysia..
Sunday
Visi 2020 dijangka dapat diteruskan
Friday
Dominic Ng bergelut dengan polis
Buaya ditemui di sungai berhampiran Semariang Batu,Kuching
Seekor buaya sepanjang tujuh kaki ini ditangkap oleh penduduk kampung Semariang Batu di sebatang sungai kira-kira pada jam 10.40 malam rabu lalu. Sebelum kejadian, seorang penduduk yang melalui sungai di atas motosikal terdengar bunyi percikan air yang agak kuat menyebabkannya lantas memeriksa dan ternampak seekor buaya tersangkut. Lima orang penduduk bekerjasama menangkap buaya tersebut sebelum mengikat kedua-dua kaki dan menutup matanya dendan sehelai kain. Mereka kemudian meminta bantuan daripada Jabatan Pertahanan Awam untuk menyerahkan buaya tersebut kepada Jabatan Perhutanan.
Wednesday
Sarawak Tribune berwajah baru
Monday
BN akan melakukan pembaharuan pada jentera kempen bagi menghadapi pilihan raya akan datang
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata : BN akan melakukan pembaharuan pada jentera kempennya bagi menghadapi pilihanraya akan datang. Antara sebab lain punca kekalahan BN ialah kerana ramai juga penyokong BN tidak turun mengundi dan ini juga ambil kira, katanya. DAP menjalankan kempen memburukkan kerajaan mempengaruhi pengundi, parti itu berkempen secara agresif secara dan menggunakan isu sensitif selain menjalankan banyak program dan perjumpaan.
Bangkitlah semula dengan Semangat! Pesanan dari PM

Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mahu Barisan Nasional (BN) menjadikan kekalahan Dalam pilihanraya raya kecil kerusi Parlimen Sibu sebagai peluang untuk bangkit semula dengan semangat dan kekuatan baru supaya dapat merampasnya kembali pada pilihanraya umum nanti. Bercakap dengan pemberita di sini Isnin, Perdana menteri berkata kekuatan BN di Sibu masih kekal kerana penyokong-penyokong tradisional tetap bersama BN.
Sambil melahirkan rasa kecewanya, Najib berkata sebenarnya kekalahan itu terlalu tipis dan apa yang BN perlu lakukan sekarang ialah mengkaji segala kekurangan yang mungkin wujud dan melakukan pembaharuan dan penambahbaikan termasuk jentera BN. Beliau juga berkata walaupun BN kalah , tidak perlu berlaku sebarang proses menunding jari sebaliknya semua pihak dalam BN perlu melihat apa yang telah berlaku terutama sekali sekiranya ada kelemahan yang perlu diatasi manakala mesej sebenar pengundi Sibu perlu dihalusi.
BUDAYA SAMSENG PAKATAN RAKYAT DI SIBU

Pilihanraya 16/5/2010 Di Sibu
