Monday

Bangkitlah semula dengan Semangat! Pesanan dari PM


Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mahu Barisan Nasional (BN) menjadikan kekalahan Dalam pilihanraya raya kecil kerusi Parlimen Sibu sebagai peluang untuk bangkit semula dengan semangat dan kekuatan baru supaya dapat merampasnya kembali pada pilihanraya umum nanti. Bercakap dengan pemberita di sini Isnin, Perdana menteri berkata kekuatan BN di Sibu masih kekal kerana penyokong-penyokong tradisional tetap bersama BN.

Sambil melahirkan rasa kecewanya, Najib berkata sebenarnya kekalahan itu terlalu tipis dan apa yang BN perlu lakukan sekarang ialah mengkaji segala kekurangan yang mungkin wujud dan melakukan pembaharuan dan penambahbaikan termasuk jentera BN. Beliau juga berkata walaupun BN kalah , tidak perlu berlaku sebarang proses menunding jari sebaliknya semua pihak dalam BN perlu melihat apa yang telah berlaku terutama sekali sekiranya ada kelemahan yang perlu diatasi manakala mesej sebenar pengundi Sibu perlu dihalusi.



No comments:

Post a Comment