Itu pendedahan Ketua Misi Life Line for Gaza (LL4G), Noorazman Mohd Samsuddin berikutan penemuan beberapa bukti daripada tiga anggota komando Israel yang berjaya ditahan semasa insiden serangan tentera rejim Yahudi ke atas Mavi Marmara Isnin lalu. "Mereka mempunyai senarai nama yang mereka mahu bunuh sebelum naik ke kapal. Kami telah menahan tiga anggota tentera dan apabila kami melakukan pemeriksaan, kami temui senarai nama berserta gambar orang-orang yang mereka mahu bunuh. Sesetengah daripada mereka adalah tokoh Turki dan antarabangsa,tokoh-tokoh penting dunia. Kami tidak termasuk dalam senarai sebab itu kami tidak ditembak.
Kami hanya orang biasa. Salah seorang media turki yang ditembak memang ada dalam senarai itu, ceritannya kepada pemberita bagi bagi berkongsi pengalaman ketika ditahan tentera Israel di Kompleks bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini sebaik tiba di tanah air awal pagi ini. Kesemua 12 sukarelawan itu bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan Malaysia dan Jordan yang berusaha membawa mereka keluar dari Israel secepat mungkin.
Tambahnya, ketika serangan pada waktu subuh itu, wakil media telah menunjukkan keberanian dengan terus merakam kejadian itu tanpa menghiraukan keselamatan mereka walaupun ketika dihujani peluru.Mereka cuba merakam sebanyak mungkin untuk tujuan memberikan kesedaran dan maklumat kepada seluruh dunia. Noorazaman amat mengharapkan bantuan media untuk menekan Israel bagi menyerahkan bantuan kemanusiaan itu kepada penduduk Gaza melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). "Kita mengharapkan rakan media yang ada dapat terus membantu usaha kita untuk membebaskan penderitaan yang dialami rakyat Palestin ini."ujarnya lagi.
No comments:
Post a Comment