Terima kasih kerana melayari blog ini..Segala pendapat dan cadangan anda amat dihargai, tentang segala isu-isu politik atau tempatan..sama ada Berita,Motivasi,Ekonomi,Agenda Baru,Menyohor kebebasan dan Perjuangan Politik,Isu tempatan Sarawak dan info perihal Para Pemimpin Politik Malaysia dan bagaimana Mempengaruhi rakyat dan Negara Malaysia..
Wednesday
Ketuanan Melayu Mutlak Sifatnya
Ada orang kata UMNO sudah terlalu lama.Patut dibubar, sudah tidak relevan. Tetapi kita telah lupa, parti politik yang berjaya, terutamanya dalam negara maju, usianya bukan sekadar puluhan tahun, malah baratus tahun. Lihat sahaja parti Konservatif di Britian, parti Demokrat dan repulikan di amerika Syarikat. Mereka jauh lebih tua dan orang tidak mempersoalkannya. Tapi di Malaysia, barangkali elok kita sentuh beberapa perkara yang sepatutnya jadi perhitungansetiap ahli, kita jangan terpukau dengan istilah perubahan. Perubahan adalah sifat semulajadi kejadian. Apa yang wujud pasti akan berubah sepanjang saat dan waktu. UMNO juga berubah setiap masa. dalam sejarah manusia perubahan kerapkali membawa kecelakaan. Sebab itu jangan cerita tentang perubahan.UMNO kena banyak bercerita tentang pembangunan dan kejayaan. Dua perkara ini bukan semula jadi. Kena bekerja keras,memerah otak, bertungkus lumus mencapainya. UMNO yang berumur 64 tahun semacam lupa asas wujudnya parti terhebat ini. Kita kata matlamat UMNO untuk Bangsa, Agama dan Tanahair.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment