Sumber antimoni wujud di Negeri Sarawak pada tahun 1820 dan merupakan sumber yang penting terhadap kemajuan ekonomi Sarawak. Antimoni dan emas dilombong di kawasan berdekatan Bau. Perlombongan antimoni yang telah ditubuhkan oleh kaum Cina di Seniawan dan mereka telah membina benteng di kawasan Belidah Tanah .Perlombongan mendatangkan hasil pendapatan yang lumayan kepada Sarawak dan sumber ekonomi itu akan dieksport ke Singapura. Kampung Lidah Tanah antara kampung yang tertua di Sarawak. Namanya sering kita temui dalam lipatan sejarah perjuangan dan peperangan antara pemerintah Brunei yang disokong oleh James Brooke dan pendekar Sarawak yang dipimpin oleh datu-datu pemerintah Sarawak sekitar abad kesembilan belas. Di sinilah penduduk mendapatkan bekalan air untuk kegunaan harian di kota Kuching. Arang Batu pula dilombong di Simunjan . Pada kurun ke-20, galian yang utama dilombong ialah petroleum. Pada 1910, telaga minyak yang pertama dibuka di Miri.
Dibandingkan dengan perkembangan abad dahulu dengan yang perkembangan terkini, Sarawak telah berkembang dengan sangat pesat sekali. Visi pembangunan ialah mengubah negeri Sarawak menjadi sebuah Negeri berkembang dengan maju dan berterusan pada tahun 2010. Ini meliputi perkembangan ekonomi dan juga pembangunan infrastruktur.Dalam usaha untuk menjadi pesaingan kompetitif untuk kemajuan teknologi, fokus utama negeri Sarawak adalah dalam pembangunan industri elektronik. Kerajaan telah memulakan kempen luas untuk menarik ramai pelabur dalam Zon Industri Similajau (Similajau Free Industrial Zone) bagi meningkatkan kemampuan sumber manusia dan menyokong infrastruktur dan utiliti tersebut.
Selain itu , Taman Industri juga banyak didirikan contohnya di kawasan Demak Laut, Kuala Baram manakala kilang Industri pula banyak beroperasi di Pending, Tanjong Manis (Timber Processing Zone), Sarikei Light Industrial, Bintulu Light, Kidurong Light Phase 1&2, Kemena Phase dan Kidurong Industrial Estate. Di Bintulu juga terdapat pelabuhan dimana ia memainkan peranan yang penting dalam industri petroleum dan gas Malaysia dan juga terkenal sebagai pelabuhan yang menguruskan kargo kontena. Sebagai sebuah pelabuhan yang bertaraf dunia, khususnya di rantau BIMP-EAGA (The East ASEAN Growth Area) , Pelabuhan Bintulu telah mempenrtingkatkan kualiti serta kemudahan yang sedia ada untuk mengekalkan reputasinya yang cemerlang. Dalam tempoh hampir dua puluh enam tahun, Pelabuhan Bintulu masih memainkan peranan penting dalam perdagangan luar Malaysia.
No comments:
Post a Comment