Monday

100 pakar ditugaskan rancang pembangunan Sarawak, Sabah

Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata,mereka ditugaskan bagi mengenal pasti dan merancang pembangunan yang bakal dilaksanakan bagi mewujudkan keseimbangan dari segi pembangunan yang dikecapi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dengan Sarawak dan Sabah pada masa akan datang.

“Hasil kajian dan perancangan pembangunan daripada pegawai paling kanan kerajaan ini akan dihantar kepada pihak kerajaan pusat untuk tujuan rujukan serta mendapat kelulusan sebelum dimasukan ke dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan RMK-11 nanti.

Selain itu kata Jabu, kerajaan negeri sedang berusaha mengeluarkan rakyat tanpa mengira kaum di negeri ini keluar daripada belenggu kemiskinan dengan mendapat pendapatan sebanyak RM1,200 sebulan bagi satu keluarga dalam tempoh10 tahun akan datang.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan termasuk menggalakkan penyertaan penduduk dalam projek pertanian komersial, pembukaan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) dan banyak lagi untuk menepati sasaran itu, jelas beliau.

“Ia sekali gus membuktikan bahawa hanya kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN) sahaja yang mampu menaik taraf ekonomi rakyat negeri ini secara berterusan,” kata beliau.

1 comment:

  1. usaha sebegini memang amat naik jika dilihat secara kasar. akan tetapi untuk mendirikan infrastruktur dan bangunan, satu jumlah keluasan tanah yang amat besar adalah diperlukan, dan tanah-tanah yang akan dimajukan itu adalah merupakan tanah rakyat.

    ReplyDelete