Wednesday

Tony Pua pemimpin pembangkang yang tidak faham Perlembagaan


Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir menyifatkan Ahli ParlimenPetaling Jaya Utara, Tony Pua sebagai pemimpin pembangkang yang tidak fahamPerlembagaan, buta sejarah dan seorang cauvunis yang membelakangkan perpaduan. Menurut beliau, Tony Pua sebagai rakyat Malaysia juga tidak dapat menjiwai perpaduan, keharmonian hidup pelbagai kaum sehingga sanggup mengetepikan negara denganmenimbulkan cadangan yang boleh menimbulkan kemarahan serta ketidakpuasan hatisesetangah pihak khususnya kaum Bumiputera yang . “Saya melihat kenyataan beliau itu bersifatperkauman dan tidak sepatutnya dikeluarkan dalam usaha menjamin keharmonian dan apatelah dipersetujui selama ini. “Apakah beliau mempunyai “lesen” yang cukup besar untukmengeluarkan cadangan sedemikian rupa. Saya percaya rakyat Malaysia termasuk kaum Cina juga tidak boleh menerima kenyataan tersebut. “Apa pun alasan yang diberikan, terserlahbeliau seorang pelampau cina dan jiwa perkauman yang tidak boleh diterima sama sekali olehsemua pihak.

1 comment: