Sunday

Hati-hati dengan permainan DAP!

Kita kena beringat dengan permainan DAP. Permainan mereka cukup halus, nampak baik di permukaan tetapi dibawah penuh dengan kejahatan! Tapi sayang seribu kali sayang kerana ada dikalangan orang-orang kita yang buta mata dan hati untuk melihat perkara ini. Apabila diberi sedikit gula-gula oleh DAP dan terkena sedikit tempias air liur manis Lim Guan Eng, maka ada orang kita yang sudah layu di pangkuan mereka sehingga sanggup berdoa di dalam masjid untuk Lim Guan Eng. Begitulah rendahnya harga diri Melayu..Kita mesti sedar bahawa hanya BN boleh mengekalkan kestabilan politik, keamanan dan kesejahteraan di negara ini, bukan parti lain sekalipun DAP! Kerajaan BN sentiasa membawa angin perubahan dan anjakan paradigma dari segi kepimpinan, strategi dan pendekatan untuk memperkasakan keyakinan rakyat..

No comments:

Post a Comment