Thursday

PRK N.45 GALAS : BN Akan Pastikan Kemenangan Di Galas

Pas cuba menutup kelemahannya dan tanggungjawabnya sebagai kerajaan negeri dengan mengalih pandangan apabila membangkit isu-isu nasional dalam kempen mereka di pilihan raya kecil DUN Galas."Isu nasional digunakan sebagai langkah untuk mengalih pandangan dalam pilihan raya kecil seperti di Galas, saya lihat banyak perkara yang perlu ditangani, saya lihat masalah rakyat itu sendiri tetapi itu dielakkan dia seharusnya memberi keutamaan, masalah tempatan terlebih dahulu baru isu lain."Dalam konteks ini, Barisan Nasional (BN) rakyat didahulukan, dalam urusan berkenaan Pas, rakyat dikemudiankan, dia berminat untuk membicarakan soal-soal internasional, sedangkan isu-isu tempatan dan rakyat tidak diberikan tumpuan," katanya selepas Majlis Bersama Rakyat bersama masyarakat Orang Asli di Sekolah Kebangsaan Pos Brook, di sini.
malaysiandigest.com


No comments:

Post a Comment