Monday

Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan keluar dari parti PKR


Faktor yang menyebabkan Gobalakrishnan keluar parti adalah kerana PKR mula kelihatan sebagai parti Anwar dan Azmin dan dalam pemilihan baru-baru ini menunjukkan bahawa demokrasi sudah tamat..Kritikan politik sudah mula menunjukkan bahawa PKR gagal dalam matlamat memperkasakan demokrasi malah hanya mempunyai matlamat untuk memastikan orang tertentu sahaja yang memegang kuasa. Gobala adalah salah seorang pengasas kepada parti Keadilan Nasional (PKN) yang seterusnya menjadi PKR apabila bergabung dengan Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM). Gobala menyatakan ketidakpuasan hatinya dan bosan dengan bentuk kepimpinan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalan Presiden yang baru dilantik, Azmin Ali yang cuba menguasai parti sepenuhnya mengikut selera mereka sahaja.

No comments:

Post a Comment