Terima kasih kerana melayari blog ini..Segala pendapat dan cadangan anda amat dihargai, tentang segala isu-isu politik atau tempatan..sama ada Berita,Motivasi,Ekonomi,Agenda Baru,Menyohor kebebasan dan Perjuangan Politik,Isu tempatan Sarawak dan info perihal Para Pemimpin Politik Malaysia dan bagaimana Mempengaruhi rakyat dan Negara Malaysia..
Tuesday
Rakyat Sarawak yang prihatin
Rakyat Sarawak terutamanya ahli pembangkang, memang suka mengungkit tentang kekayaan Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Taib Mahmud dan keluarganya. Mereka mengatakan Taib merompak kekayaan bumi Sarawak lah, salah guna kuasa dan macam-macam lagi untuk menjatuhkan Ketua Menteri kita..Mana tidaknya Taib naik angin, kerana apa yang dicapainya sehingga hari ini adalah atas usaha teguhnya sendiri. Seperti mana yang kita semua tahu, Taib memang sudah kaya dari zaman sebelum beliau menjadi Ketua Menteri Sarawak, Taib datang dari keluarga yang agak berada, keluarga beliau mampu menghantarnya untuk belajar dalam bidang perundangan dan apa yang penting sekali adalah beliau mempelajari banyak tentang selok-belok bidang perniagaan selepas tamat belajar dalam bidang perundangan. Beliau juga pernah bekerja sebagai broker di Negara Ausralia. Taniah atas usaha Taib, dalam umur yang masih muda beliau sudah mampu mempelolehi 1 juta dollar. Perniagaan Taib semakin berkembang maju sejak dari hari itu, apa salahnya kita berusaha memajukan perniagaan kita kalau itu untuk masa depan kita dan ahli keluarga kita? Jaganlah pula kita mengatakan Taib merampas harta orang lain, jika mempunyai peluang di depan mata, siapa yang tidak mahu menghargainya? Tidak menjadi persoalan untuk sesiapa yang ingin berkembang maju dalam bidang perniagaan, untuk bertambah maju ke hadapan kita harus menceburi atau mencuba dari beberapa segi, tidak hairanlah Ketua Menteri kita mempunyai banyak syer di kompeni lain sebab itu kita mengelar Taib adalah seorang Ahli Perniagaan yang sangat berjaya dan mempunyai empayar perniagaan yang luas hingga ke peringkat Antarabangsa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment