Monday

Nik Aziz hanya memakan diri.Yang Untungnya adalah DAP


Pas sudah alami kemerosotan akibat permainan politiknya dengan DAP yang mengakibatkan orang Melayu semakin tidak senang hati terhadap mereka. Ini sudah tentu atas sikap tolak ansur Pas terhadap DAP yang bertentangan dengan perjuangan Pas sebagai parti Islam.Selain kerana DAP dan Anwar, penyokong Pas juga lari kerana parti itu dilihat bercelaru dari segi struktur kepimpinannya.Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, ia diterjemahkan menerusi beberapa pilihan raya kecil baru-baru ini yang jelas menampakkan undi orang Melayu tidak memihak kepada Pas. Menurut beliau, kekuatan Pas terletak kepada label perjuangan Islam tetapi ia sudah lari gara-gara bersekongkol dengan DAP.Sebab itu kita tengok peratus pengundian Melayu terhadap Pas sudah jatuh. Melalui Pilihan Raya Kecil dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, merlimau, Tenang dan Galas, nampaknya orang Melayu sudah lari jauh dari PAS.Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi DUN Merlimau (N27) dan DUN Kerdau (N28) dalam pilihan raya kecil di kedua-dua kawasan itu semalam dengan meraih majoriti undi yang lebih besar.




No comments:

Post a Comment