Wednesday

Laci petua: Bagaimana untuk menambah penyokong PAS+KeAdilan+DAP dalam keadaan keserabutan.Tips Panas~Harus Baca!

Dalam sejarah politik Negara, PAS, PKR dan DAP sememangnya mempunyai berlainan ideologi dan pendapat, apa tidaknya mereka selalu bergaduh dalam perebutan kerusi, memang nampak sangat, mereka tidak boleh bertolak ansur dengan mana-mana pihak dalam penguasaan wilayah dan kawasan melainkan dengan restu kepimpinan mereka.

Sebarang persaingan dengan mereka sekalipun oleh pemimpin tempatan akan dianggap pengacau dan talibarut pihak lawan. Sanggup daripada pertalian "Kawan" menjadi "Lawan" untuk membentuk kerajaan sendiri. Jijik sungguh kalau melihat perangai pemimpin yang berperangai kurang "diajar" sehingga ada yang menjerit menggunakan bahasa kesat dan kasar, sekali gus bercanggah dengan akhlak Melayu-Islam. Ingin menegakkan keadilan konon, Dimanakah nilai-nilai ke Islaman saudara sekalian??

Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri pada waktu dahulu sering berkata bahawa Kerajaan BN sentiasa membela nasib rakyat, tetapi setelah menjadi pembangkang, berucap berapi-api tak sebutpun kerajaan kerajaan BN zalim dalam ucapannya, dia berasa tertekan dan sanggup berkata apa sahaja menghentam atau mengkritik kerajaan..Cakap saja lebih buatnya tidak, terlalu banyak penipuan yang Anuar buat serta memberi rasuah, kes liwat lagi..Anuar tak layak pun jadi pemimpin!

Puak pembangkang sentiasa ada propaganda baru, mereka menggunakan pelbagai taktik, menyamar sebagai penyokong BN dengan menulis dalam blog-blog, mengirim SMS dan menghantar emel-emel, kononnya mereka amat prihatin dengan masa depan BN, masa depan Islam dan ketuanan Melayu, padahal niat mereka adalah mendapat maklumat kerajaan dan mencari pasal menentang habis-habisa kerajaan BN.. Sudahlah perangai bukan macam manusia, tambahan lagi pandai pula berkata-kata, mengeluarkan janji manis kepada rakyat.. Jikalau puak pembangkang jadi PM alamat Negara dan Bangsa kita akan tergadai..


No comments:

Post a Comment