Thursday

Seksualiti Merdeka diharamkan

Polis Diraja Malaysia mengharamkan mana-mana pihak yang menganjurkan program "Seksualiti Merdeka" demi ketenteraman awam. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata polis telah mengenal pasti dan memanggil semua pihak yang terlibat termasuk bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga untuk merekodkan kenyataan mereka. Polis akan mengambil tindakan untuk menghalang mana-mana fungsi yang berkaitan dengan program ini.

Polis juga menerima banyak bantahan dari pertubuhan-pertubuhan yang bukan kerajaan (NGO) termasuk pertubuhan Islam dan bukan Islam yang takut bahawa program ini boleh menimbulkan ketidakharmonian, permusuhan dan mengganggu ketenteraman awam. Mulai hari ini, polis akan menghentikan acara yang dijalankan oleh pihak penganjur kerana ia adalah menyalahi undang-undang.



No comments:

Post a Comment