Wednesday

Bebas daripada diaudit

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa dukacita berhubung kenyataan Prof Dr Aziz Bari, yang menyatakan akaun Majlis Agama Islam dan Lembaga Zakat Selangor tidak diaudit.

Beta berasa sangatlah dukacita apabila dimaklumkan terdapat satu laporan yang menyatakan bahawa Prof Aziz Bari ada membuat kenyataan bahawa akaun MAIS dan LZS tidak diaudit dan bebas daripada diaudit.

Kenyataan beliau ini adalah tidat tepat kerana Beta disembah maklum bahawa akaun MAIS dan akaun LZS telah diaudit oleh Jabatan Audit Negara dan mendapat Sijil Bersih daripada Ketua Audit Negara pada setiap tahun serta akan terus diaudit oleh jabatan Audit Negara pada tahun-tahun akan datang.

Sultan Sharafuddin Idris Shah mengharap Prof Aziz bari jangan membuat sesuatu kenyataan yang boleh mengelirukan dan meresahkan rakyat terhadap ketelusan dan integriti MAIS dan LZS sebelum mendapatkan fakta-fakta yang tepat dan betul.

Untuk keterangan lanjut, sila klik di sini..http://www.agendadaily.com/Dalam-Negeri/mais-jawab-dakwaan-kononnya-laporan-kewangan-tidak-perlu-diaudit.html

No comments:

Post a Comment