Thursday

Pembangunan di Negeri Sarawak (Dahulu dan kini) Part3

Perkembangan Infrastruktur dan kemudahan komunikasi

Di Bumi Kenyalang iaitu negeri Sarawak,melangkah maju lagi dalam prasarana jalur lebar yang membawa kemudahan Internet dalam perniagaan dan juga rakyatnya. Kerajaan berusaha membangunan Sarawak sebagai negara yang mempunyai hasil pendapatan dan nilai tambahan yang tinggii serta memperolehi maklumat-maklumat yang berguna.Kemajuan ini dapat membantu ekonomi negeri Sarawak supaya kita dapat bersaing di dunia yang global ini.Pusat Jalur Lebar Komuniti memain peranan dalam perkembangan Komunikasi ini. Matlamat kerajaan tersebut dilaksanakan oleh SKMM melalui Pelan Jalur Lebar Negara dan Program Merapatkan Jurang Digital.Sasaran capaian penembusan jalur lebar adalah untuk mencapai 50 peratus daripada keseluruhan isi rumah di Malaysia menjelang penghujung tahun 2010.


Kerajaan akan memastikan jurang digital wujud diantara kawasan bandar dan kawasan luar bandar dapat dirapatkan,ini termasuk kekurangan kemudahan ICT yang lengkap dan capaian kepada maklumat di kawasan-kawasan luar bandar supaya penduduk dapat menikmati dan mengambil faedah kemudahan ICT untuk meningkatkan kualiti hidup,nilai ekonomi sama ada bagi surirumah,pesara,orang kurang upaya ataupun warga emas.Kemudahan tersebut termasuk rangkaian Internet,Telekomunikasi,perisian dan perkakasan multimedia.Perkembangan ini juga membawa kebaikan kepada peningkatan pelaburan asing.











No comments:

Post a Comment