Tuesday

Pembangunan di Negeri Sarawak (Dahulu dan Kini) Bahagian 2


Terdapat banyak pilihan kolej ataupun universiti bagi para pelajar yang hendak menyambung pelajaran mereka di Sarawak. Jika dahulu, pelajar boleh memilih sama ada mendaftar di universiti seperti UITM,Unimas ataupun kolej-kolej tempatan. Apabila Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Pelajaran, beliau menubuhkan Kampus cawangan Curtin di Miri dan kampus cawangan Swineburne di Kuching. Kampus tersebut merupakan antara 18 institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang menerima pengiktirafan Setara Tahap Cemerlang (Tier Lima) yang telah diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.


Satu lagi kolej universiti ditubuhkan pada tahun 1997 yang dahulu dikenali sebagai United College Sarawak (UCS) di sibu dan ia kemudian dinamakan Kolej Laila Taib sempena Allahyarhamah Datuk Amar Laila Taib, isteri Ketua menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai mengenang jasa beliau ke arah pembangunan pendidikan di negeri ini. Dengan adanya kemudahan universiti ataupun kolej, pelajar tidak perlu menuntut ilmu di negara jauh, mereka boleh mendapatkan pembelajaran berkualiti menerusi teknologi terkini serta memberi fokus terhadap pembelajaran pada peringkat ijazah pertama yang dijalankan universiti dan kolej universiti terbabit.

2 comments:

  1. pendidikan merupakan asas pembangunan kepada sesebuah negara. oleh itu, kerajaan telah mendirikan beberapa buah institusi pendidikan swasta / awam bagi memberikan peluang kepada semua pelajar dari pelbagai kaum untuk memajukan diri mereka dalam pendidikan. hanya melalui pendidikan sesuatu kaum dapat membaiki taraf kehidupan mereka.

    ReplyDelete
  2. Bermula dariada pendidikan lah rakyat semakin hari semakin maju. Pendidikan yang sempurna memberi manfaat atau golden ticket kepada sesiapa sahaja yang inigin memajukan diri atau melakukan transformasi ke atas diri sendiri dan juga masyarakat. Tanpa pendidikan kemungkinan kita belum mampu mencapai tahap pembangunan seperti sekarang.

    ReplyDelete