Monday

Kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) bernilai RM19.35 billion di wilayah Score

(BERITA DARI SARAWAK)

Sarawak menerima kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) bernilai RM 19.35 billion daripada enam syarikat yang telah dan akan beroperasi di Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score) setakat ini. Enam syarikat tersebut memperoleh kelulusan lesen perkilangan adalah termasuk 27 cadangan pelaburan yang berhasrat melabur ke Sarawak, daripada enam syarikat itu juga terdapat beberapa syarikat memulakan operasi mereka di Score terutamanya di Mukah.Industri tersebut merupakan industri logam, aluminium dan silika.
Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score) merupakan industri yang paling menarik diantara lima koridor pembangunan antarabangsa dan dijangka menarik sehingga RM340 bilion dalam pelaburan dalam 20 tahun yang akan datang kata Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Rancangan pembangunan Sarawak ini akan pencapai pertumbuhan demografi dan menghakis tahap kemiskinan penduduk di daerah/kawasan pembangunan ini.
Dipetik dari arkib Utusan Malaysia (Sabah/Sarawak) 25/9, Tan Sri Dr.George Chan berkata, kerajaan negeri percaya Score menarik banyak minat pelabur dari seluruh dunia untuk melabur di negeri ini malah ada antara mereka menyatakan komited untuk datang ke Sarawak melakukan pelaburan.Kita sebagai rakyat Sarawak sepatutnya berasa gembira dengan maklum balas daripada pelabur luar negara yang berminat untuk datang melabur ke Sarawak terutamanya di wilayah Score ini. Ini merupakan satu landasan baik dengan menjadikan Score sebagai gelombang pembangunan seterusnya.

2 comments:

  1. SCORE juga dpt membangunkan hidup penduduk secara berpusat, pembinaan rangkaian jalan raya persisiran pantai, penyediaan peluang kerja untuk penduduk dari luar wilayah projek SCORE dan banyak lagi..

    ReplyDelete
  2. Perlaksanaan SCORE memberi keuntungan kepada diri mereka dan anak cucu pada masa akan datang!

    ReplyDelete